Saturday, December 03, 2005

Klip video-fokus terhadap salahlaku PDRM.

Perhatian harus ditumpukan terhadap penyalahgunaan kuasa dan pencabulan hak asasi manusia oleh PDRM, dan bukannya dialihkan kepada aspek-aspek yang lain.

Baru-baru ini, terhadap segelintir pihak cuba mengalih pandangan orang ramai terhadap perkara ini dengan cuba membangkitkan aspek-aspek sempit yang lain terhadap perkara ini.

Editorial Utusan Malaysia pada 29 November 2005 telah cuba memberi pandangan terhadap perkara ini daripada sudut perkauman. Kejadian ini adalah memedihkan dan mengecewakan kita kerana kejadian ini adalah tidak berkaitan dengan latat belakang etnik seseorang yang ditahan itu.

Isu klip video ini wajar dilihat daripada sudut hak asasi manusia, dan tidak seharusnya dilihat sebagai daripada sudut perkauman yang sempit. Malahan kerajaan telah mengulas bahawa akan bertindak dengan telus dalam perkara ini. Selain itu, kerajaan turut menubuhkan sebuah jawatankuasa independen untuk menyiasat perkara ini.

Walaupun DAPSY bersetuju dengan tindakan kerajaan ini, tetapi DAPSY amat kecewa dengan cara pengendalian isu ini oleh beberapa media aliran utama Bahasa Malaysia yang melihat isu ini dari sudut perkauman.

Hakikatnya, pencabulan hak asasi oleh polis ini bukan sahaj berlaku pada wanita asing tetapi turut berlaku pada wanita pelbagai kaum daripada negara kita sendiri. Seorang wanita Melayu Pn Norazimah bt Mohamad Nor pada beberapa yang lepas turut membangkitkan pengalaman ngeri beliau semasa ditahan di lokap polis 5 tahun yang lepas dalam satu sidang media oleh parti pembangkang.

Editorial Utusan Malaysia pada 29 November 2005 bukan sahaja tidak memberi gambaran yang jelas (bahawa sesiapa pun boleh menjadi mangsa pencabulan hak asasi PDRM tanpa mengira kaum), bukan sahaja tidak dapat menggambarkan hasrat PM dan TPM (bahawa siasatan yang dijalankan akan dijalankan denagn telus), malahan ianya juga menunjukkan memang terdapat segelintir orang yang telah dijangkiti dengan sindrom penafian (denial syndrome) yang serious.

Sesungguhnya, imej Malaysia telah terjejas kerana tindakan memalukan segelintir pegawai polis yang menyalahgunakan kuasa, tetapi kita tidak harus membiarkan sindrom penafian ini terus menular sehingga mereka yang terjangkiti terus mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej negara.
Lau Weng San 2hb Disember 2005.

No comments: