Tuesday, December 06, 2005

Rakyat Iran pun dibuli Polis - tuduhan perkauman atau keagamaan tidak berasas.

Kelmarin, terdapat dua orang rakyat Iran yang ditemani oleh seorang rakan mereka dari Iran menampilkan diri di lobi Parlimen untuk menyuarakan pengalaman ngeri dan dahsyat mereka semasa mereka ditahan oleh Polis Diraja Malaysia,

Pengalaman dua orang rakyat Iran ini, iaitu Morteza Abbaskouzeh Topraghi yang merupakan saudagar permaidani Persia di Malaysia, serta Hamed Reza Rafsanjani Sadeghi yang merupakan seorang pelajar PhD di UKM menunjukkan elemen perkauman atau keagamaan yang dimain-mainkan oleh pihak tertentu adalah langsung tidak berasas.

Rakyat negara ini dikejutkan sekali lagi dengan insiden yang memalukan ini dan ini sekaligus menunjukkan bahawa isu pencabulan hak asasi oleh pihak pengutkuasa memang ada kebenarannya, khususnya pihak polis dan ianya tidak wajar dilihat daripada sudut perkauman ataupun keagamaan yang sempit, yang mana kedua-dua taktik ini, iaitu taktik perkauman khususnya telah cuba dipermainkan oleh pihak tertentu.

Insiden ini sekali lagi menunjukkan keperluannya untuk kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Independen terhadap Aduan dan Salahlaku Polis ataupun IPCMC. Walaupun Suruhanjaya Siasatan Independen terhadap kes pencabulan hak asasi empat orang warga perempuan China dan video clip wanita bogel berketuk ketampi memang tepat pada masanya, tetapi apa yang dihasratkan pada akhirnya ialah penubuhan IPCMC yang sepatutnya merupakan satu Suruhanjaya kekal.

DAPSY berpendapat semua pihak wajar menilai isu-isu yang dibangkitkan ini dengan nilai-nilai pemeliharaan hak asasi manusia yang bersifat universe. Pihak kerajaan, khususnya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri perlu memberi perhatian serious terhadap perkara ini kerana apa yang diinginkan oleh semua rakyat Malaysia ialah satu pasukan polis yang bertanggungjawab dan profesional, dan bukannya pasukan polis yang dijangkiti dengan pelbagai gejala negatif, sekiranya kita ingin menjadikan pasukan polis negara kita sebagai pasukan polis yang bertaraf dunia dan setanding dengan perkhidmatan polis negara-negara maju.

Lau Weng San
6hb Disember 2005

No comments: