Razali Idris, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Terengganu
“Hak Orang Melayu tidak boleh dicabar, jika tidak orang Melayu akan mengamok, peristiwa Mei 13 akan berulang yang ianya akan lebih teruk daripada tahun 1969 yang akan menjadikan Kuala Lumpur padang terkukur.
UMNO rela mengorbankan nyawa dan bermandi darah untuk mempertahankan bangsa dan agama daripada bukan Muslim atau bukan Melayu.”
Reezal Merican Naina Merican
“Maka berdasarkan fakta-fakta ini, Pemuda dengan tegas menyelar tindakan bekas Presiden ASLI (Institut Kepimpinan dan Strategik Asia), Dr. Lim Teck Ghee yang cuba memutarbelitkan fakta dengan niat ingin menidakkan agenda Melayu, sekaligus merubah kontrak sosial.
“Tinjauan Pemuda mendapati hampir 80 peratus daripada jumlah kontrak keseluruhan, pusingannya pergi ke tangan bukan Melayu.
“Ini kerana pembekal bahan binaan terdiri daripada kaum Cina yang wujud dalam rangkaian kartel yang begitu kuat sejak sekian lama dari dahulu lagi.
“Pemuda juga meminta kerajaan terus menamakan pembekal bumiputera dalam setiap kontrak yang diberikan di bawah tender bagi memastikan pusingan kontrak dinikmati oleh bumiputera.”
Datuk Salamon Selamat
“UMNO Selangor mencadangkan agar proses pemberian kontrak secara berkelompok diberi keutamaan manakala syarikat bumiputera yang berpotensi diberi peluang memperoleh kontrak projek mega melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).
“Peluang perlu diberi kepada kontraktor bumiputera berkemampuan mendapatkan kontrak dengan GLC, mewajibkan semua GLC mewujudkan Unit Penyertaan Bumiputera dan mengadakan pakatan strategik antara GLC dengan industri kecil dan sederhana (IKS) dalam projek pembangunan dan infrastruktur.”
Datuk Hamdi Abu Bakar, Ketua UMNO Bahagian Beruas
“Kita ini sebagai tuan, tetapi tuan apa kalau papa kedana, tuan apa kalau tak mampu, tuan apa kalau selekeh, sengkek dan lembek? Tuan mesti hebat, barulah kita kata kita kuat.
“Jika dicabut semua bangunan milik bukan bumiputera di Kuala Lumpur, rakyat boleh melihat bahawa tidak ada apa lagi bangunan yang tinggal. Ibu negara akan menjadi ‘padang jarak padang tekukur’.
“Begitu juga dengan Bursa Malaysia. Kalau digugurkan saham milik bukan bumiputera, maka tidak ada apa-apa lagi yang tinggal kecuali papan sahaja.”
Datuk Azimi Daim
“Kerajaan perlu melantik ahli UMNO yang profesional menggantikan CEO GLC terbabit yang tidak mampu menjalankan tugas.”
Senator Mohd. Puad Zarkashi
“UMNO Johor juga ingin mencadangkan supaya televisyen berbayar diletakkan di bawah Kementerian Penerangan dan tidak lagi diletakkan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, dan kementerian itu sendiri mesti diketuai menteri UMNO.
“Langkah tertentu diambil termasuk mensyaratkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memperuntukkan peratusan tertentu untuk iklan dalam akhbar-akhbar Melayu sahaja.”
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin
“Angka 45 peratus yang sengaja dikeluarkan oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) itu sengaja mengelirukan kita.
“Tidak kiralah ASLI itu think tank siapa. Hakikatnya orang Melayu masih lemah dan perlu dibantu.”
Ketua Puteri UMNO bahagian Tangga Batu, Azlieza Azizan
“Pergerakan Puteri UMNO Melaka meminta kerajaan menentukan syarikat-syarikat swasta mengambil lebih 60 peratus bumiputera profesional untuk mengisi keperluan dalam organisasi mereka.”
政府会向他们采取行动吗?