Monday, February 16, 2009

Pengedaran gambar bogel – mengutuk tindakan tidak bermoral yang mencaburi kebebasan peribadi

Adalah dilaporkan di media bahawa gambar-gambar dan video bogel seorang ADUN wanita daripada Pakatan Rakyat di Selangor sedang diedar.

Laporan yang sama juga melaporkan bahawa “terdapat sekurang-kurangnya 10 gambar foto yang lain telah jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab yang cuba menggunakannya untuk tujuan politik”.

Bagi pihak Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), saya mengutuk tindakan yang tidak bermoral ini di mana ianya telah mencaburi kebebasan peribadi seorang anggota kenalan ramai tanpa mengira latar belakang politiknya. Lebih-lebih lagi, mangsa yang terlibat kali ini ialah seorang wanita.

Kami menyeru pihak berkenaan, khususnya PDRM untuk menjalankan siasatan dengan menyeluruh dan professional terhadap perkara ini, dan menentukan sama ada terdapat apa-apa motif politik di sebaling tabir untuk mengaibkan mana-mana wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat.

Sementara itu, kami menyeru orang ramai untuk berhenti daripada mengedarkan mana-mana foto dan video yang berkaitan dengan kes ini demi mengelakkan kebebasan peribadi mangsa terus dicaburi.

No comments: