Sunday, January 31, 2010

卡立诺丁应该收回在马大选举所发表的言论

我谴责高等教育部长拿督卡立诺丁针对马大学生反对在校园选举采用电子投票所发表的言论。
我在此呼吁卡立诺丁不要轻视来自马大学生的反对声音,因为透明是任何选举其中一项用以决定选举成绩是否可靠的重要指标。
马大校方在校园选举中采用电子投票完完全全是一种不透明的方法。
第一,电子投票不再是秘密投票,这是因为学生们必须以他们的学生编号进入电子投票系统。因此,有关当局可以查出学生的投票决定。
第二,选举监督人员以及计票代表无法监督整个计票过程,这是因为学生所投的票无法一票一票地被亲手计算,而只能通过电子方式显示出来,这将减低电子投票系统操作的透明度。
第三,当多数票的领先幅度不大,学生通过电子投票系统所投下的票将无法被重计。
因此,以上都是施行电子投票所不能忽视的问题。
马大校方以及高等教育部一直以来都没有去认真看待来自学生的诉求,因此,对于示威学生的心情,我感同身受。
身为马大的校友,我在此呼吁卡立诺丁收回他有关马大选举成绩的言论,并以传统的方式再举行一场公正、透明的选举,如此所得出的成绩才不被质疑。

Saturday, January 30, 2010

Khaled Nordin harus tarik balik keputusan pilihanraya UM

Saya membidas komen Menteri Pengajian Tinggi Dato' Khaled Nordin tentang pilihanraya kampus UM di mana keputusannya terpaksa digantung berikutan bantahan keras daripada mahasiswa-mahasiswi terhadap e-voting yang dituduh tidak telus.
Saya menyeru Khaled Nordin supaya jangan memandang remeh bantahan daripada mahasiswa-siswi ini kerana dalam mana-mana pilihanraya, ketelusan merupakan antara kriteria terpenting dalam menentukan kredibiliti keputusan pilihanraya itu.
Dalam isu ini, kita difahamkan bahawa e-voting di pilihanraya kampus UM merupakan satu cara pengundian yang tidak telus.
Pertama sekali, undi melalui e-voting bukan lagi undi rahsia kerana mahasiswa-siswi perlu log-in ke dalam sistem e-voting melalui nombor matriks mereka. Dengan ini, pihak yang berkuasa boleh mengetahui undi yang dibuang mahasiswa-siswi.
Kedua, pemantau pilihanraya dan ejen kira undi calon tidak dapat memantau proses pengiraan undi kerana undi yang dibuang tidak akan dikira dan ianya hanya akan dipaparkan secara elektronik dan ini mengurangkan tahap ketelusan e-voting.
Ketiga, proses pengiraan undi semula tidak dapat dijalankan dengan pelaksanaan e-voting ini apabila berlaku perbezaan undi yang kecil.
Kesemua kekurangan teknikal e-voting ini merupakan tuduhan-tuduhan yang sah dan tidak boleh dipandang remeh.
Saya memahami perasaan mahasiswa-siswi yang berdemonstrasi kerana selama ini pihak pengurusan UM dan Kementerian Pengajian Tinggi tidak pernah memandang serious terhadap rintihan-rintihan mahasiswa-siswi ini.
Sebagai bekas mahasiswa UM, saya menyeru Khaled untuk menarik balik keputusan pilihanraya UM ini dan mengadakan satu pilihanraya yang adil dan telus melalui cara konvensyenal yang tidak pernah dipertikaikan ketelusannya.

Writ Saman Khir Toyo Terhadap Saya

Semalam saya telah menerima satu writ saman yang disampaikan kepada YB Gobind Singh Deo selaku peguam saya yang dihantar oleh peguam YB Dato’ Seri Dr Khir Toyo terhadap saya berkenaan dengan tulisan saya di laman blog saya tentang rumah banglonya yang dijangka bernilai RM24 juta pada Julai 2009.
Tulisan saya yang merupakan sebahagian usul saya kepada Dewan Negeri Selangor ini dikatakan telah memfitnah dan menjejaskan nama baik Khir Toyo. Saya ingin mengatakan bahawa saya akan menghadapi tuduhan-tuduhan ini di mahkamah.
Pada masa yang sama, saya juga ingin menarik perhatian semua terhadap Jadual di bawah Perkara 77 Undang-undang Tubuh Negeri Kerajaan Selangor 1959 yang berkaitan dengan “Kuasa Dan Keistimewaan Dewan Negeri”.
Perkara 77(3) di bawah Undang-undang Tubuh Negeri Kerajaan Selangor 1959 adalah berbunyi seperti berikut:
“Tiada ahli boleh dikenakan apa-apa prosiding sivil atau jenayah, ditangkap, dipenjarajan atau dikenakan membayar ganti rugi disebabkan oleh apa-apa perkara atau benda yang mungkin telah dibawa olehnya melalui petisyen, rang undang-undang, ketetapan, usul atau selainnya atau telah diperkatakan dalam Dewan atau di hadapan mana-mana jawatankuasa.”
Ingin ditekankan bahawa usul yang saya kemukakan ini merupakan satu usul yang dikeluarkan di bawah Peraturan Mesyuarat 17(2) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor untuk membahas satu usul yang tertentu, bekepentingan orang ramai dan perlu disegerakan. Oleh itu, isi kandungan usul ini adalah tertakluk di bawah kuasa dan keistimewaan Dewan Negeri.
Peruntukan ini adalah untuk memberi perlindungan kepada Wakil Rakyat untuk menjalankan tugasnya dengan bebas dan tanpa sebarang gangguan dan ugutan.
Saban hari, semakin banyak kes guaman fitnah yang melibatkan kenyataan-kenyataan, isi kandungan ucapan atau usul yang dibawa oleh seseorang wakil rakyat di Dewan Negeri.
Perkembangan ini merupakan satu perkembangan yang tidak sihat biarpun ianya bertentangan dengan peruntukan kuasa dan keistimewaan Dewan, kerana ini akan mengganggu wakil rakyat daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dengan membawa isu-isu berkepentingan orang ramai untuk dibahas dan dibicarakan di Dewan.

Saturday, January 23, 2010

Between "God Save The Queen" And "Allah"

Mr. Lim Kit Siang raised this question in his blog: "Have three generations of Malaysians, particularly non-Muslims in the seven states of Johore, Selangor, Perak, Kedah, Pahang, Kelantan and Terengganu done wrong and been offending the sensitivities of their Muslim contemporaries in using the name of Allah to bless and protect and the Sultan and people when singing the respective state anthems?"
And I here reproduce the lyrics of the well-known national anthem of the United Kingdom, once our colonial master for Sabah, Sarawak, Brunei, Singapore and Malaya, "God Save The Queen":
God save our gracious Queen,
Long live our noble Queen,
God save the Queen:

Send her victorious,
Happy and glorious,
Long to reign over us:
God save the Queen.

O Lord, our God, arise,
Scatter her enemies,
And make them fall.

Confound their politics,
Frustrate their knavish tricks,
On Thee our hopes we fix,
God save us all.

Thy choicest gifts in store,
On her be pleased to pour;
Long may she reign:

May she defend our laws,
And ever give us cause
To sing with heart and voice
God save the Queen.
During our early years of independence from British colonial rule, the lyrics of our new state anthems were re-written along the same spirit, that the subject of the Malay Rulers should now seek divine protection on our new Malay Rulers by praying to the God, "Allah", to protect the Malay Rulers and His Majesty's government, laws and subjects.
Instead of using the word "God" in English, the composer of the anthems used Malay and the natural replacement or choice for the word "God" in Malay was "Allah".

Monday, January 18, 2010

MB Selangor perlu bertegas dengan YBK – YBK terlibat dalam program partisan UMNO

Menteri Besar Selangor berhak untuk bertegas dengan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kerana YBK bukan sahaja tidak telus dalam pentadbirannya berkenaan dengan pemberian oleh kerajaan negeri Selangor tetapi ianya juga kelihatan tidak bebas dan berat sebelah terhadap UMNO dalam menjalankan aktivitinya.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini telah meminta YBK mendedahkan maklumat semua bantuan yang telah diterima daripada Kerajaan Negeri semenjak yayasan itu ditubuhkan kerana laporan kewangan yayasan tersebut yang dipaparkan di dalam laman web rasminya tidak memberi maklumat penuh berkenaan harta dan wang yang telah diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga berkata laporan kewangan yang dipaparkan tidak menyebut tentang tanah seluas 1,300 ekar di Serendah yang bernilai lebih kurang RM78 juta (dikira pada RM60,000 setiap ekar), di mana tanah itu adalah antara pemberian yang terbesar nilainya.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini telah memohon kepada YBK supaya melantik Dato Menteri Besar Selangor sebagai pengerusi YBK sementara ahli EXCO kebajikan dan dua lagi wakil Kerajaan Negeri dilantik sebagai ahli lembaga penasihat . Namun demikian YBK telah menolak permohonan tersebut.

Saya percaya tindakan ini dilakukan kerana YBK telah menerima banyak pemberian daripada kerajaan negeri dan kerajaan negeri Selangor sebagai penyumbang terbesar mempunyai hak untuk memantau operasi YBK supaya ianya menepati sasarannya.

Saya percaya kini kerajaan negeri Selangor mempunyai satu sebab untuk berbuat demikian apabila YBK terlibat secara langsung dalam program "Juara Rakyat" yang diadakan oleh UMNO baru-baru ini di Hulu Selangor (Sila rujuk http://www.ybk.org.my/BERITA/2010/20100108-2.html) walaupun YBK tidak menyebut bahawa program itu sebenarnya dianjurkan oleh UMNO.

Bagaimanakah YBK dapat berfungsi dengan bebas tanpa gangguan politik daripada UMNO jika ianya hanya mengikut telunjuk UMNO sahaja? Memang menjadi pengetahuan orang ramai bahawa program "Juara Rakyat" ini merupakan program parti UMNO seperti yang diterangkan oleh Ketua Penerangannya Datuk Ahmad Maslan.

Malahan Datuk Ahmad Maslan pernah berkata mereka hanya menggunakan sumber-sumber UMNO dan tidak melibatkan sumber-sumber kerajaan persekutuan. Jikalau sedemikian, mengapa pula YBK sebagai sebuah badan NGO pula terlibat dalam program berpartisan ini?

Saya berharap YBK memahami konsep ketelusan dan lebih-lebih lagi ianya perlu telus terhadap antara penyumbang terbesarnya – Kerajaan Negeri Selangor dan tidak harus dilihat sebagai memihak kepada UMNO.

Saturday, January 09, 2010

Protes isu “Allah” didalangi orang UMNO

Perdana Menteri Datuk Seri Najib bin Tun Razak telah silap apabila beliau mengatakan bahawa UMNO tidak terlibat dalam protes berkenaan dengan penggunaan perkataan "Allah" kerana memang orang UMNO terlibat dalam protes-protes ini.

Saya merujuk kepada sebuah laporan media oleh Malaysiakini yang melaporkan seperti berikut:

"Memulakan perhimpunan itu sejurus selepas solat Jumaat, Ketua Wira PERKASA Selangor, Arman Azha Abu Hanifah membacakan 'Deklarasi Masjid Negara' menuntut:

  • Penganut Katholik menggunakan perkataan tuhan bagi menggantikan kalimah Allah dalam penerbitannya.
  • Perkara berkaitan Islam mesti dibawa ke Mahkamah Syariah, bukan mahkamah sivil.
  • Majlis Raja-raja Melayu perlu memainkan peranan lebih proaktif untuk mempertahankan agama dan umat Islam

Bacaan deklarasi itu disambut teriakan takbir bertalu-talu daripada mereka yang menyertai perhimpunan tersebut. Pada masa yang sama satu bendera merah bertulis 'Melayu' dalam warna hitam, dikibarkan bersama bendera berjalur tiga - merah, kuning dan hijau - mewakili Pekida."

Arman Azha Abu Hanifah, 35 tahun merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara. Beliau juga merupakan pentadbir kumpulan (group) Facebook Pemuda UMNO PJU yang diberi tajuk "@MB Pemuda Umno PJU".

Beliau mempunyai akaun facebook dan blogspotnya sendiri di http://www.facebook.com/armandpju dan http://armandpju.blogspot.com/, dan bekerja sebagai seorang pengurus cawangan Naza Motor yang juga merupakan seorang pencinta kereta mewah.

Sama ada beliau seorang yang betul-betul memperjuangkan hak orang Islam dan Melayu, saya serah kepada kebijaksanaan semua untuk menilai daripada tulisan dan gambar-gambar foto beliau.

Ini hanya salah seorang daripada ketua-ketua yang terlibat dalam protes-protes ini dan saya percaya bahawa sebahagian besar daripada mereka merupakan pemimpin-pemimpin UMNO di pelbagai peringkat dan sayap parti itu, sama ada di Pemuda, Wanita, Puteri UMNO di peringkat cawangan, bahagian ataupun negeri.

Justeru itu, adalah silap bahawa UMNO tidak harus dipersalahkan dalam isu ini. Sebenarnya, jika UMNO tidak terlibat dalam isu ini, hakikatnya ialah ahli-ahlinya dan pemimpin-pemimpinnya selama ini telah diketahui terlibat dalam menganjurkan protes-protes yang mengugat ketenteraman dan keharmonian agama di Malaysia.

Jika UMNO tidak harus dipersalahkan, maka UMNO dan Presidennya harus mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin mereka seperti Arman Azha bin Hj Abu Hanafiah yang terlibat secara langsung dalam protes ini.

Soalannya ialah, adakah Najib sedia berbuat demikian atau tidak?

Friday, January 08, 2010

Paramount View Condominium - The written judgement

You can view/download the judgement here.

Strongly condemn church attacks in the wake of the “Allah” controversy

DAP Selangor strongly condemn church attacks in the wake of the "Allah" controversy.

We regret that the Federal Government (Fed) is not doing enough, or is not doing anything at all to allow this tensed situation to prolong as the situation has been worsening since High Court's judgement day on 30th December 2009.

Also, the Federal Government is practising double standards in remaining silence on several nationwide protests planned by several Muslim-based NGOs after Friday prayers.

By remaining silent, it means that the Federal Government is consenting such divisive demonstrations which have completely undermined the spirit of 1Malaysia propagated by the Federal Government since Najib took over the premiership.

When propagating the 1Malaysia agenda, the Federal Government should allow an avenue for frank exchanges between Muslim organizations and non-Muslim bodies to resolve the many long-standing racial and religious tensions in this country in order to bring a new chapter in fostering stronger nation unity in this country.

But unfortunately, the Federal Government's 1Malaysia has only been a political gimmick to gain political mileage via extravaganza and fancy celebrations without real efforts to tackle the real issues on the ground.

Starting from today till Sunday, UMNO Federal Ministers under the pretext of "UMNO Jaguh Rakyat" (UMNO is the champion of the people) will gather at Hulu Selangor to propagate the 1Malaysia idea. Over the weekend, the Prime Minister will also launch several 1Malaysia clinics in Klang Valley. Their aim is none other but to re-capture Selangor from Pakatan Rakyat but organizing huge extravaganzas to make their presences felt on the ground.

But the "feel-good" factor they created is completely written-off first when the issue of National Civic Bureau broke and then followed by their deafening silence in tacitly consenting several nationwide protests planned by several Muslim-based NGOs after Friday prayers today.

Else, why does the police not making police reports against the protest organizers? Why does the police not applying court injunction to bar people from organizing protests in locations which are widely known, just like what the police did in the past?

Tuesday, January 05, 2010

“阿拉”事件示威具煽动性及藐视法庭 –警方为何不自行报警?

高庭法官拿督刘美兰已经于2009年12月31日,根据联邦宪法第11及12条款,裁决《先驱报》有权使用马来文"阿拉"(Allah)的字眼,以作为向天主教徒传授教义之用。

高庭所做出有关"阿拉"字眼的裁决引起不少争论,不少极端的右翼组织在全国各地示威,以表示他们对这项来自高庭的裁决的不满及抗议。

假若这些示威行为一直被有关当局所纵容,我国的种族和谐关系势必受到影响,但是,问题是为何警方不针对这些右翼组织的极端行为自行投报,然后展开调查呢?

由于这些右翼分子的示威行将破坏我国的国民团结,他们的行为已经足以让警方对他们采取行动。很显然的,他们的言行正是煽动极端宗教情绪,应该受到调查,且这类行为也违反"一个马来西亚"精神。

我想知道的是,当警方针对槟城首席部长林冠英以及雪州行政议员欧阳捍华的言论及文告自行投报时,为何对于这些右翼分子的煽动及藐视法庭行为却视而不见呢?

警方为何没有对这些极端组织公开批判法庭裁决的行为作出相同的应对行为呢?要知道,这些组织的行为不仅具有煽动性质,更是藐视法庭。

尽管联邦政府已经表明他们将针对有关案件向高庭上诉,且也对外说明他们相信有关当局将以英明的态度来处理有关课题;然而,联邦政府及警方更应该表现他们办公公正无私。在处理林冠英及欧阳捍华的案件时,警方也必须对挑衅种族和谐的行为秉持着同样的办事态度。

若然不是,警方将继续予人行政不中立,只会一味偏帮国阵打压在野党,而这对警队的整体形象是极之不健康的。

Demonstrasi kalimah “Allah” bersifat menghasut dan menghina mahkamah – kenapa polis tidak buat laporan polis sendiri?

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan telah pada 31 Disember 2009 lepas membuat keputusan bahawa berdasarkan Perkara 11 dan 12 dalam Perlembagaan Persekutuan, majalah Herald berhak menggunakan perkataan itu untuk tujuan tunjuk ajar dan pendidikan bagi penganut agama Kristian.

Keputusan mahkamah tinggi berkenaan dengan penggunaan kalimah "Allah" telah mencetuskan kontroversi. Pelbagai pertubuhan bersayap kanan yang ektremis telah mengadakan tunjuk perasaan di seluruh negara untuk meluahkan perasaan tidak puas hati dan bantahan mereka terhadap keputusan mahkamah ini.

Kejadian ini sekiranya dibiarkan berterusan pasti akan menjejaskan hubungan antara kaum di Malaysia. Persoalannya ialah, mengapakah polis kali ini pula tidak membuat laporan polis sendiri terhadap kumpulan-kumpulan bersayap kanan yang ekstremis ini?

Tindakan kumpulan-kumpulan bersayap kanan ini memang memadai untuk pihak polis mengambil tindakan yang sama terhadap mereka, di mana tindakan mereka ini mempunyai kesan negatif terhadap hubungan antara kaum dan antara agama di Malaysia. Apa yang dilakukan mereka sebenarnya juga bersifat menghasut dan boleh disiasat dan didakwa di bawah Akta Hasutan. Ianya juga akan mengugat integriti gagasan 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Tun Razak.

Mengapa polis tidak membuat laporannya sendiri kali ini terhadap mereka jika polis sanggup berbuat demikian terhadap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng dan kenyataan EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Ean Yong Hian Wah?

Bukankah polis juga harus mengambil tindakan yang sama terhadap kumpulan-kumpulan yang secara terbuka mengkritik keputusan mahkamah ini? Sebenarnya, tindakan mereka ini bukan sahaja bersifat menghasut tetapi turut mengandungi elemen yang boleh ditafsirkan sabagai menghina mahkamah.

Biarpun kerajaan persekutuan mengatakan bahawa mereka akan memfailkan rayuan mereka ke mahkamah rayuan dan percaya bahawa isu ini dapat diselesaikan dengan bijaksana, kerajaan persekutuan khususnya polis harus dilihat sebagai menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama dengan melakukan perkara yang sama sebagaimana apa yang mereka lakukan dalam kes Lim Guan Eng dan Ean Yong Hian Wah.

Jika tidak, polis akan terus dilihat sebagat berat sebelah dan memihak kepada Barisan Nasional oleh orang ramai dan ini semestinya tidak sihat untuk pasukan polis sendiri.

Monday, January 04, 2010

Program “UMNO Jaguh Rakyat” - parti-parti komponen BN dipinggirkan

Program "UMNO Jaguh Rakyat" sekali lagi menunjukkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain dipinggirkan.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan telah mengatakan bahawa program ini tiada kaitan dengan kerajaan dan BN kerana ianya merupakan program UMNO seratus peratus.

Kenyataan beliau telah memperlihatkan UMNO sebagai sebuah parti yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan penyertaan daripada parti-parti komponen BN yang lain.

Adalah mustahil untuk UMNO tidak melibatkan rakan-rakannya dalam program yang begitu besar dengan kehadiran Perdana Menteri sendiri di mana sebanyak 125 gerai melibatkan 100 pengusaha swasta dan badan bukan kerajaan, organisasi dan individu persendirian terlibat.

Kita harus ingat bahawa calon BN untuk kawasan Parlimen Hulu Selangor selama ini adalah wakil daripada MIC. Sebelum ini, Ahli Parlimen Hulu Selangor ialah Datuk G. Palanivel, Timbalan Presiden MIC.

Selain itu, terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Hulu Selangor di mana salah satu kerusi DUN, iaitu Kuala Kubu Baru dimenangi oleh wakil daripada MCA, iaitu Wong Koon Mun.

Oleh itu, adalah tidak masuk akal untuk UMNO menjalankan satu program di Hulu Selangor yang boleh dikira sebagai terbesar dalam sejarah UMNO tanpa penglibatan daripada parti-parti komponen BN yang lain, melainkan UMNO merancang untuk "membelakangi" rakan-rakan seperjuangan mereka di dalam BN.

Fenomena ini turut memperlihatkan kepincangan BN sebagai satu platform politik yang berwibawa dan berintegriti dalam memerintah kerajaan pusat. Keadaan ini harus difikir oleh pemimpin-pemimpin parti-parti komponen bukan UMNO di dalam BN untuk meneliti semula kedudukan mereka di dalam BN.

“巫统是人民冠军”巫统边缘化其他国阵成员党

巫统最近推出"巫统是人民冠军"项目,再一次显示巫统边缘化其他国阵成员党。

巫统全国宣传主任拿督阿末马兹兰日前宣布巫统将于1月8日在乌鲁雪兰莪开始正式启动号称该党史上最庞大人民活动的"巫统是人民冠军"计划。他说这项目与政府无关,更不是国阵计划,是不折不扣的巫统计划。

他的言论显示巫统此时此刻已经不再理会国阵成员党,反而自家关起门来做事。

如此大型的项目,再加上首相将会出席,巫统是不可能在没有配合其他国阵成员党的情况下独自主办。

我们不要忘记,过去乌雪区国会议席是国大党代表国阵出战。上届国会议员正是现任国大党署理主席帕拉尼威。

此外,乌雪国会议席下的三个州议席当中,其中新古毛州议席由马华出战,其现任州议员亦是马华的代表黄冠文。

因此,巫统如果要在乌雪独自举办这项目是不合乎常理的,除非巫统已经打算背弃他们在国阵内的战友。

这种现象一再暴露国阵内部体系的杂乱。国阵已经不再是一个有公信力和有诚信的政治联盟。国阵内的非巫统成员党领袖务必深思他们在国阵内的处境。