Tuesday, September 15, 2015

Mana-mana pihak yang masih berangan-angan berpakat dengan PAS bakal dihukum para penyokong Pakatan Rakyat

Kenyataan Media oleh ADUN Kampung Tunku Lau Weng San pada 15 September 2015 di Petaling Jaya:
  
Mana-mana pihak yang masih berangan-angan berpakat dengan PAS bakal dihukum para penyokong Pakatan Rakyat kerana parti PAS semakin dilihat mengkhianati perjuangan Pakatan Rakyat (PR) pada tahun 2013.

Justeru itu, pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu tegas dalam konteks ini, iaitu kemenangan parti PAS, DAP dan PKR adalah berasaskan kepada komitmen ketiga-tiga parti ini dalam menegakkan agenda perjuangan PR yang terkandung dalam pelbagai dokumen dasar sejak tahun 2008 dan manifesto PRU13 PR.

Hasil permuafakatan ini mempamerkan peningkatan kerusi DUN yang dipegang PR khususnys di Selangor dalam PRU13 di mana PAS khususnya menang 15 kerusi DUN berbanding PRU12. PKR sekurang-kurangnya dapat mempertahankan kesemua kerusi DUN yang dimenanginya pada PRU12 jika tidak kerana persaingan tiga penjuru di DUN Semenyih dan Kota Damansara, apabila persaingan tiga penjuru di DUN Kota Damansara sepatutnya boleh dielakkan kalua bukan kerana PAS meletakkan calonnya di situ.

Walaupun PKR menghadapi cabaran getir dalam PRK DUN Kajang (berikutan krisis MB) dan PRK Permatang Pauh (berikutan boikot jentera PAS Pulau Pinang), tetapi PKR pada keseluruhannya masih dapat mengekalkan kedudukannya disebabkan komitmennya untuk melawan kezaliman UMNO dan BN.

Pada masa apabila negara kita dilanda krisis ekonomi dan rakyat perlbagai kaum semakin muak dengan alasan-alasan yang diberi oleh Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO berkenaan dengan skandal RM2.6 bilion wang “derma”, sikap dan pendirian pimpinan PAS kelihatan agah goyah dan lemah. Malahan Presidennya pernah berkata bahawa jawatan Perdana Menteri yang dipikul Najib Razak sekarang tidak harus ditukar kerana “beliau dipilih rakyat” sedangkan BN telah disifatkan sebagai sebuah kerajaan minority kerana hanya mendapat peratusan undi sebanyak 47% sehaja.

Maka mana-mana parti yang menang atas tiket PR pada PRU13 tetapi sekarang kelihatan berpaling tadah dan ingin mengekalkan kedudukan Najib dan UMNO pasti akan dihukum rakyat dan menerima padah yang perit. Maka sekutu-sekutunya barangkali akan menerima padah yang sama.

Justeru itu, saya menyeru pimpinan PKR supaya tegas dengan PAS dalam isu PR2.0 dan tidak sekali-kala bertolak-dalih kerana ini hanya kelihatan oleh rakyat sebagai telah menggadaikan perjuangan rakyat atas pertimbangan-pertimbangan yang tidak rasional.


Lau Weng San
Post a Comment