Thursday, September 24, 2009

Khir Toyo perlu menjawab daripada menuduh!

Khir Toyo tidak perlu memecah-belahkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tetapi beliau perlu terlebih dahulu memberi penjelasan berkenaan dengan peruntukan kawasan ADUN BN dihabiskan dalam masa kurang daripada tiga bulan semasa Selangor di bawah BN.
Khir Toyo dalam satu kenyataannya yang diterbitkan pada hari Rabu telah membidas DAP sebagai “menggunakan SELCAT sebagai platform untuk menunjukkan kekuasaan mereka di negeri Selangor”. Beliau turut menuduh DAP sebagai “memanipulasikan SELCAT bagi menunjukkan mereka lebih berkuasa berbanding parti-parti lain di Pakatan Rakyat”.
Selain itu, beliau turut mengatakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendiamkan diri dalam hal berkenaan dengan perbelanjaan peruntukan ADUN.
Sebenarnya, apa yang dituduhkan oleh Khir Toyo adalah bersifat spekulasi semata-mata dengan tujuan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
SELCAT ditubuhkan oleh Dewan Negeri Selangor pada tahun 2008 untuk menegakkan prinsip-prinsip keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan di negeri Selangor. Selama 50 tahun BN dan UMNO mentadbir Selangor, prinsip-prinsip yang penting ini semakin terhakis khususnya semasa Selangor ditadbir di bawah Khir Toyo.
Maka untuk memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap kewibawaan kerajaan Selangor, Dewan Negeri Selangor (DUN) telah menubuhkan SELCAT yang ditugaskan khas untuk menegakkan prinsip-prinsip ini dalam pentadbiran kerajaan negeri melalui satu proses pemantauan yang belum pernah dilaksana di Selangor dan Malaysia tetapi sudah menjadi satu kebiasaan bagi sistem pentadbiran Demokrasi Berparlimen di negara-negara maju yang lain, khususnya Negara-negara Komanwel, iaitu melalui pendengaran terbuka.
Daripada mengaut di dalam air keruh, adalah elok untuk Khir Toyo menjelaskan bagaimana beliau sebagai Menteri Besar pada masa kejadian membenarkan perkara-perkara ini daripada berlaku. Sebenarnya beliau perlu menjawab kebanyakkan persoalan-persoalan yang tertimbul berikutan daripada sessi pendengaran awam ini.
Kalaulah beliau yang benar-benar ikhlas dalam mempertahankan pegawai-pegawai kerajaan, maka saya menyeru kepada beliau agar tampil ke hadapan dan menjawab segala persoalan yang tertimbul.

Wednesday, September 16, 2009

变天:从文冬开始


我今天出席文冬社青团主办的政治座谈会。题目是“变天,从文冬开始”。
我在演讲中向出席座谈会的文冬朋友说,马来西亚在国阵统治50多年之下,在政治、经济、文化、教育等等领域已经开始走下坡。
国阵就好象是一艘正在往下沉伦的大轮船。里面的引擎已经开始生锈,再怎么加油也不能在继续有效地航行下去。
马来西亚需要民主改革,这已经在308大选清楚看出。人民要改变的意愿也比以往任何时候来的更加坚强。
只是,308政治大海啸所带来的效应还没有均衡地扩散到全马各地。所以,西海岸的选民如果要来一个彻彻底底的改革,我们就必须把改革的讯息传达到全国各地,尤其是处于东海岸通过关口的要塞——文冬。

Books contribution to MBPJ Community Library



I have given away more than 500 books in Malay, Chinese and English worth RM7,500 to MBPJ Community Library today. Also attending is Petaling Jaya Mayor, Dato' Roslan Sakiman, Petaling Jaya councillors S. Ramakrishnan and Tiew Way Keng.

According to Mayor Roslan Sakiman, this is the first time that an elected representative donates books to the community library.

The books I donated are mostly children and teenager books. This is my another effort to encourage reading as a way of life and a culture in our society.

In my speech, I said that no states or countries can claim that they are a developed state unless they have a large reading population.

I also urged that all of us should appreciate our Hari Raya holidays not only to foster our relationship but also to read more to enrich ourselves.

Sunday, September 13, 2009

Facemasks and thermometers given to schools in DUN Kampung Tunku






I have distributed more than 5000 facemasks to schools in Kampung Tunku state constituency in order to assist the schools in fighting Influenza A since one month ago. Besides that, 16 infrared forehead thermometers are also given to all schools in the area, with four given to each school.

There are altogether four government schools and one Sekolah Agama Rakyat (private religious school) in my area, namely SK Kampung Tunku, SJKC Sungai Way, SMK Sri Permata, SMK(P) Sri Aman and SAR Al-Hidayah.

It was shockingly disappointing for me to know that the federal government has yet to deliver enough medical equipment like facemasks and thermometers to further re-inforce the school in fighting the deadly disease since the outbreak of Influenza A in Malaysia.

What are urgently needed by the schools are simple medical equipment like sanitizers, facemasks and thermometers in order for the school to take pro-active precautions. SJKC Sg Way had bought four thermometers on its own, paid for by the school’s board of governors.

Due to the urgency of the matter, I had supplied four thermometers to each school out of my constituency development fund with each thermometer costs RM290. With the thermometers, form teachers in each school in DUN Kampung Tunku could check their students’ temperature each day.

I urge the Ministry of Education and Ministry of Health to immediately take actions and supply all schools in Selangor with adequate medical equipments.

Saturday, September 12, 2009

Rasuah Seringgit Dan Rasuah Berbilion Ringgit Tiada Beza Bagi SPRM – Satu Pendekatan Yang Silap?

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pernah berkali-kali menyatakan secara terbuka bahawa rasuah seringgit dengan rasuah berbilion-bilion ringgit tiada perbezaan bagi SPRM. Ini merupakan pendekatan yang silap.

Walaupun benar bahawa rasuah seringgit dan rasuah berbilion-bilion ringgit tiada perbezaan dari segi jenayah, tetapi ianya berbeza dari segi kesan dan impak negatifnya terhadap kerajaan, rakyat dan negara.

Kegagalan SPRM membezakan tahap keseriousan sesuatu jenayah rasuah merupakan satu kegagalan yang tidak boleh dimaafkan.

SPRM boleh mendakwa seorang yang bersalah kerana mengambil rasuah beberapa ratus ringgit, SPRM juga boleh berbuat demikian terhadap mana-mana individu yang merasuah berbilion-beilion ringgit. Tetapi dari segi impak negatifnya, SPRM perlu memberi lebih penekanan terhadap kes-kes berprofil tinggi dan kes-kes yang melibatkan amaun yang besar kerana kes-kes inilah yang akan memberi kesan negatif terhadap ekonomi, pentadbiran dan pembangunan negara.

Apa yang dikesali ialah kegagalan SPRM atau yang sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjalankan tindakan terhadap kes-kes yang melibatkan amaun yang besar. Apa yang saya maksudkan sebagai “tindakan” bukan setakat mendakwa mereka yang dituduh ke mahkamah, tetapi turut melibatkan pendekatan yang diambil oleh SPRM/BPR terhadap kes-kes ini, termasuk peruntukan sumber manusia dan kewangan yang mencukupi dalam menyiapkan siasatan.

Ini adalah kerana dalam beberapa kes rasuah yang dibawa ke mahkamah Peguam Negara, hakim telah membuat keputusan untuk membebaskan defendan-defendan sebelum mereka dipanggil untuk menjawab dakwaan-dakwaan rasuah. Hal ini sedemikian kerana kertas-kertas penyiasatan SPRM tidak menyeluruh dan tidak memenuhi syarat-syarat yang diperlukan oleh mahkamah, seperti “beyond reasonable doubt”. SPRM tidak mungkin melakukan kesilapan yang begitu besar kecuali mereka tidak mempunyai sumber tenaga manusia yang mencukupi.

Apa gunanya kerajaan dan rakyat perlu menanggung beban berbangkit daripada rasuah berbilion-bilion ringgit biarpun mereka yang berasuah beberapa ratus ringgit ditangkap dan disabit bersalah? Hakikatnya kerajaan masih perlu menanggung impak negatif yang berpunca daripada rasuah yang besar ini.

Lebih-lebih lagi, SPRM memerlukan kes-kes berprofil tinggi ini untuk menegakkan kredibiliti dan keyakinan rakyat terhadap usaha-usaha mereka membanteras gejala rasuah. Jika tidak, SPRM akan dikatakan sebagai bias, berat sebalah, hanya mengambil tindakan terhadap “ikan bilis” tetapi tidak berbuat demikian terhadap mereka yang berpangkat serta berpengaruh tinggi dan bergelaran Dato’, Dato’ Seri dan Tan Sri.

Jikalau ini berlaku, apakah mesej yang ingin disampaikan oleh SPRM kepada orang ramai, khususnya “ikan bilis” yang disiasat SPRM, yang kebanyakkannya merupakan kakitangan-kakitangan awam kerajaan?

Justeru itu, adalah silap untuk SPRM mengatakan bahawa kes rasuah seringgit dan berbilion ringgit tiada perbezaan. Ianya sememangnya berbeza jika dibandingkan dari segi impak negatifnya.

Friday, September 11, 2009

Park to be upgraded



I received a letter from MBPJ Landscape Department today, informing me that the small park in Jalan 20/1, Paramount Garden will be upgraded and budget for the upgrading project has been allocated in the 2010 council budget.

This is a good news for me and the residents staying around Jalan 20/1 as open spaces, fields and parks have been scarce in Paramount Garden and SEA Park.

The field has been left idle since many years ago. When I was first elected as ADUN for Kampung Tunku, I was brought by the residents on 18th June 2008 to visit the area. There were many holes in the field and it was surface was rather uneven then. I believe it is still the same now.

I was told that the field was a popular spot for fisher to catch earthworms. They would normally drop by the field before heading to Taman Aman, a recreational pond locating in Kampung Tunku. At that time, Taman Aman was not placed under MBPJ and a lot of fishers loved to fish there.

I hope that upgrading work can start early next year and the residents can make good use of the field for their getogethers and gatherings to enhance neighbourhood.

Rodziah lodged police report against rape remarks


Selangor EXCO and ADUN for Batu Tiga, YB Rodziah Ismail today lodged a police report in Shah Alam Police District Headquarters in Section 11 against some vulgar remarks made on her during a dialog with a group of residents from Shah Alam Section 23.

In her police report, Rodziah said that the police should investigate the offenders and bring them to court.

She also claimed that she does not intend to divert the focus on the real issue of moving the disputed Hindu temple from Section 19 to Section 23, that she has to lodge the police report in view of the police's inaction to safeguard her personal safety as a female elected representative who was threatened to be raped during the dialog.

I was there to lend my support to YB Rodziah. Also present were Shah Alam MP YB Khalid Samad, Kota Raja MP YB Dr Siti Mariah, Subang Jaya ADUN YB Hannah Yeoh and Rawang ADUN YB Gan Pei Nee.

Tuesday, September 08, 2009

Monday, September 07, 2009

Siapakah pengkhianat bangsa Melayu dan Malaysia?


Mereka yang mendapat manfaat daripada Petronas tetapi tidak membayar balik pinjaman merupakan pengkhianat paling besar kepada bangsa Melayu dan Malaysia kerana tindakan mereka ini telah secara tidak langsung menolak peluang anak-anak Melayu muda yang lain untuk menerima bantuan dan manfaat daripada Petronas, syarikat minyak tunggal tanah air.

Saban hari ramai yang bercakap tentang hak dan ketuanan Melayu. Adalah amat memeranjatkan bahawa terdapat mereka yang begitu ghairah memperjuangkan kononnya “ketuanan Melayu” tetapi mereka sendiri yang menjadi pembelot terbesar apabila mereka tidak menjelaskan pinjaman pelajaran yang ditawarkan kepada mereka oleh Petronas.

Latt Sharizan bin Abdullah, Ketua Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara, telah wujud dalam satu iklan yang diterbit dalam suratkhabar The Star pada 18 Ogos 2009. Iklan ini merupakan satu notis terbuka kepada mereka yang masih tidak menangguhkan bayaran balik mereka. Mereka perlu menghubungi Petronas dalam masa tiga puluh hari daripada tarikh iklan tersebut.

Latt Sharizan bin Abdullah juga merupakan salah satu daripada Ketua Pemuda Bahagian UMNO yang mengasak YB Karpal Singh di bangunan Parlimen kerana kenyataan YB Karpal Singh yang menyentuh tentang krisis perlembagaan Perak. Latt Sharizan kemudian didapati bersalah dan dihukum RM1000.

Bagaimana Latt Shatizan gagal membayar pinjaman pelajarannya kepada Petronasnya? Beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya, juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Simfoni Maya Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengiklanan yang mempunyai banyak klien daripada kerajaan dan GLC.

Apabila seseorang gagal membayar pinjaman pelajaran atau biasiswa Petronas, ini turut bermakna seseorang itu membelakangi rakyat Malaysia yang lain kerana ini secara tidak langsung ini akan mengurangkan bilangan biasiswa dan pinjaman pelajaran yang dapat ditawarkan Petronas kepada pelajar-pelajar lain, sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera, yang memenuhi kehendak dan syarat-syarat.

Adakah Latt Sharizan tidak mampu untuk membayar balik? Sudah tentu tidak, kerana beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya. Jadi, siapa yang membelakangi Melayu? Siapa yang membelakangi rakyat Malaysia?

Wednesday, September 02, 2009

Collecting singatures to support RCI for TBH Tragedy

http://www.facebook.com/album.php?aid=140347&id=691844174

Keputusan SPR tidak mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh adalah untuk survival politik UMNO

Saya berasa amat kecewa dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah yang dipegang oleh Abu Hassan Sarif (BN-UMNO) pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu, masing dipegang beliau spabila Speaker DUN Kedah telah mengumumkan bahawa kerusi tersebut dikosongkan kerana Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua sidang DUN berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos yang lalu.

Keputusan SPR ini sama dengan keputusannya yang lalu apabila SPR tidak menerima keputusan Speaker DUN Perak YB V. Sivakumar yang mengosongkan kerusi ketiga-tiga ADUN yang keluar daripada Pakatan Rakyat, iaitu kerusi DUN Jelapang, Behrang dan Changkat Jering.

Keputusan SPR ini sekali lagi menunjukkan bahawa SPR bertindak bukan sahaja di luar bidang dan batasan kuasanya tetapi juga bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Negeri Kedah.

Saya berasa amat kecewa dengan kejadian ini apabila badan-badan yang sepatutnya berfungsi dengan bebas serta tanpa gangguan politik telah sekali lagi diperkudakan untuk kepentingan dan survival politik UMNO semata-mata.

Cuti sakit perlulah dimaklumkan secara rasmi kepada ketua perundangan (legislatif), dalam kes ini ialah Speaker DUN Kedah, YB Datuk Dr Abdul Isa Ismail. Cara notis cuti sakit yang dihantar melalui SMS kepada orang yang tidak betul iaitu Ketua Pembangkang bukanlah cara yang betul dan cara yang diiktiraf.

Malahan budak sekolah pun tahu apabila mereka perlu mengambil cuti sakit daripada sekolah, mereka perlu mendapat notis cuti sakit daripada doctor perubatan yang bertauliah dan ianya perlu diserah kepada guru tingkatan, bukan ketua darjah atau kawan.

Seksyen 51 perlembagaan negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pula berkata sebelum Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman digunakan, ia terlebih dahulu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan. Beliau turut berkata seseorang ADUN hanya kehilangan keanggotaannya jikalau beliau tidak hadir dalam dua sidang DUN berturut-turut dalam penggal yang sama.

Alasan ini tidak diterima kerana perkataan “penggal yang sama” langsung tidak wujud dalam Perlembagaan Kedah.

Justeru itu, adalah amat jelas bahawa SPR telah bertindak diluar batasannya dan ini adalah sangat berbahaya kerana sudah tentu ini akan mengugat keutuhan Perlembagaan Malaysia dan negeri Kedah.