Wednesday, January 13, 2016

Kerajaan Persekutuan perlu mengamalkan pentadbiran bersih dan telus bagi memberi kesenangan kepada rakyat dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu

Kenyataan Media ADUN DAP untuk kawasan Kampung Tunku, Selangor, Lau Weng San pada 13 Januari 2016 di Petaling Jaya:
  
Saya tertarik dengan pendirian Kerajaan Persekutuan yang bercadang untuk menyemak semula Belanjawan 2016 berikutan harga pasaran sedunia minyak mentah yang semakin menyusut di mana telah dikatakan bahawa Belanjawan 2016 dirangka dengan menggunakan harga minyah mentah sebanyak USD40 seton sebagai kiraan di penyelarasan diperlukan untuk apabila harga ini terus menjunam ke paras USD32 seton dan dijangkan akan terus jatuh lagi.

Walaupun secara teknikal, semakan ini diperlukan untuk menggambarkan situasi ekonomi sebenar Malaysia, namun begitu, ianya mencerminkan betapa lemah asas ekonomi negara kita sehingga penyelarasan demi penyelarasan perlu dijalankan kerana ekonomi Malaysia tidak dapat menyerap “kejutan” yang berpunca daripada kejatuhan harga komoditi utama.

Yang kedua, semakan ini tiada makna untuk rakyat marhaein kerana rakyat akan terus terhimpit dalam inflasi yang semakin meningkat dan jurang pendapatan antara miskin dan kaya yang semakin besar.


Semakan ini akan bermakna untuk rakyat sekiranya beban rakyat dapat diringankan melalui pembatalan atau pengurangan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST. Dalam keadaan di mana pendapatan Kerajaan Persekutuan yang menyusut, sudah pasti ini ialah sesuatu yang mustahil berlaku.

Malahan Kerajaan Persekutuan tidak pernah menafikan kenyataan bahawa kadar 6% GST boleh dinaikkan lagi pada masa depan sekiranya defisit Kerajaan Persekutuan masih tidak bertambah baik. Kerajaan Persekutuan perlu menjelaskan, apakah cara penyelesaian yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengisi kekurangan pendapatan berikutan kejatuhan harga minyak mentah sedunia? Adakah perbelanjaan Kerajaan akan dikurangkan? Adakah kadar GST akan dinaikkan untuk menampung kekurangan pendapatan ini?

Apapun sekali, semakan ini tidak bermakna kepada rakyat sekiranya Kerajaan Persekutuan masih mengekalkan cara perbelanjaan yang boros seperti dahulu. Pentadbiran yang bersih adalah kunci utama untuk memberi kesenangan kepada rakyat.


Lau Weng San

No comments: