Thursday, October 13, 2016

Harga kereta tidak turun tetapi naik pasca GST


Kenyataan Media ADUN DAP Kawasan Kampung Tunku, Selangor, Lau Weng San pada 13 Oktober 2016 di Petaling Jaya:
  
Selepas 17 bulan pelaksanaan GST, harga kereta yang didakwa suatu masa dahulu akan menurun, akhirnya tidak turun tetapi melonjak naik berdasarkan semakan harga kasar yang dibuat terhadap beberap model dan jenama kereta yang popular di pasaran Malaysia sebelum dan selepas pelaksanaan GST.

Untuk harga kereta sebelum pelaksanaan GST, saya merujuk kepada beberapa laporan media yang disiarkan sekitar bulan Mac dan April 2015 di mana saya telah memuatnaik salinan keratan akhbar tersebut dalam lama Facebook saya[1].

Keratan-keratan khabar kesemuanya memetik kenyataan beberapa pengeluar kereta seperti Honda dan Toyota, Jabatan Kastam dan pihak-pihak yang terlibat dalam industry automobile bahawa harga kereta selepas pelaksanaan GST akan menurun berikutan pemansuhan cukai SST 10% yang akan digantikan dengan cukai GST 6%.

Juga dipetik dalam keratin-keratan akhbar ini ialah jangkaan penurunan cukai tersebut adalah di antara RM500 hinggan RM2000 atau sekitar 3% bergantung kepada model kenderaan itu.

Malahan laporan oleh The Sun bertarikh 3 April 2015[2] juga melaporkan perbezaan harga antara beberapa model kereta kesukaian orang ramai di Malaysia sebelum dan selepas pelaksaan GST. Antaranya ialah harga jualan (termasuk insurans) Proton Saga SV 1.3MT selepas GST ialah RM33,242, Honda Jazz 1.5S ialah RM71,775 dan Toyota Vios 1.5J MT ialah RM74,750.

Adakah benar bahawa harga kereta akan menurun seperti yang dihujahkan oleh media dan pihak Kastam 17 bulan yang lepas? Jawapannya tidak. Carian internet mendapati bahawa harga kereta telah naik selepas 17 bulan pelaksanaan GST, menjadikan mitos harga kereta turun selepas GST berkecai walaupun ramai pembeli barangkali tidak mengesan perubahan harga ini.

Sebagai contoh, harga Proton Saga SV 1.3MT, Honda Jazz 1.5S dan Toyota Vios 1.5J MT sekarang masing-masing ialah RM36,800, RM76,100 dan RM76,500. Mengapakah harganya tidak turun tetapi naik? Barangkali kenaikan harga ini disebabkan oleh spesifikasi, model, variasi dan edisi kenderaan yang telah berubah dan ini dijadikan alasan oleh pengeluar kereta untuk menaikkan harga kereta.

Fenomena yang sama juga berlaku kepada model dan jenama kereta yang lain seperti Honda City dan Toyota Corolla Altis. Apapun sekali, fakta ini telah membuktikan bahawa dakwaan bahawa harga kereta akan turun, seperti mana yang diterangkan oleh pihak kerajaan sebelum pelaksanaan GST, adalah tidak benar.





Kenyataan ini dibuat pada masa itu apabila kerajaan BN berasa tertekan dan memerlukan satu alasan untuk menyakinkan orang ramai untuk menerima GST. Justeru mereka menggunakan perbezaan SST 10% dan GST 6% untuk menerangkan hujah mereka, di mana ini memang indah khabar dari rupa tetapi lebih 17 bulan selepas pelaksanaan GST, ianya ibarat satu cerita dongeng yang tidak akan dicapai.

Lau Weng San
ADUN Kampung Tunku



[1] https://web.facebook.com/lauwengsan2/posts/10154692027529175?pnref=story
[2] https://web.facebook.com/photo.php?fbid=10154692016879175&set=pcb.10154692027529175&type=3&theater

No comments: