Thursday, February 16, 2017

Mohon MAIS dan JAIS siasat Jamal Yunos sama ada van jenazah masjid disalahguna untuk kepentingan politik.

Kenyataan Media ADUN DAP Kawasan Kampung Tunku, Selangor, Lau Weng San pada 16 Februari 2017 di Petaling Jaya:

Saya menyeru Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor untuk menyiasat demonstrasi yang diadakan oleh Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos semalam di mana beliau membawa satu rombongan yang terdiri daripada 16 buah van jenazah dan sebuah keranda sebagai tanda protes terhadap salah satu program kerajaan Selangor.


Umum diketahui bahawa kebanyakkan van jenazah merupakan aset masjid-masjid untuk menolong memudahkan urusan kematian atau pengkebumian ahli-ahli kariah dan penduduk-penduduk Muslim setempat. 

Sungguhpun terhadap van-van jenazah yang diuruskan oleh syarikat swasta dan individu tertentu, kebanyakkan van ini adalah sumbangan daripada kerajaan persekutuan atau negeri atau dibeli melalui kutipan derma daripada masyarakat Muslim dan ahli-ahli kariah setempat.

Justeru itu, adalah menjadi persoalan orang ramai apabila kelihatan sebanyak 16 van jenazah mengiringi Datuk Seri Jamal Yunos dalam protes anjurannya dua hari lalu, iaitu sama ada aset-aset institusi agama Islam telah diperalatkan oleh orang-orang politik seperti Jamal Yunos daripada UMNO untuk kepentingan politiknya sendiri?

Perkara ini serious kerana rakyat Selangor seringkali diingatkan bahawa institusi agama Islam tidak boleh dijadikan medan berpolitik oleh orang-orang politik dan mereka yang tidak bertanggungjawab. Sudah pastinya, van-vana jenazah milik masjid harus dianggap sebagai aset masjid dan sebahagian daripada institusi dan jentera pentadbiran masjid itu sendiri dan tidak boleh sewenang-wenangnya disalahgunakan oleh orang-orang politik seperti Jamal Yunos untuk agenda politiknya sendiri.

Untuk memudahkan siasatan MAIS dan JAIS, rakaman video Youtube berikut telah jelas memaparkan nombor pendaftaran beberapa van jenazah yang kelihatan berada dalam protes berkenaan. Antaranya ialah: 
1. WTG1013,
2. WFT2241,
3. BKA1997 (terdapat perkataan “Masjid As-Solihin Padang Jawa”),
4. WGM4771,
5. WPQ1673,
6. WWV9861 (terdapat perkataan “JKKKP Kampung Sungai Haji Dorani”) dan lain-lain

Sekiranya tuduhan ini adalah benar, maka saya menyeru pihak MAIS dan JAIS agar mengambil segala tindakan yang mungkin dan tegas terhadap mereka yang menyalahi undang-undang.

Lau Weng San
ADUN Kampung Tunku

No comments: