Thursday, February 23, 2017

Kabinet harus mempertimbangkan semula keputusan melarang ‘Dego Ride’ oleh Kementerian Pengangkutan

Kenyataan Media ADUN DAP Kawasan Kampung Tunku, Selangor, Lau Weng San pada 16 Februari 2017 di Petaling Jaya:

Saya ingin menyeru Kabinet untuk memberi perhatian serious terhadap percanggahan pendapat antara dua orang anggota Kabinet dalam isu kelulusan ‘Dego Ride’, iaitu di antara Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Sukri.

Menteri Pengangkutan telah mengumumkan bahawa soal kelulusan kepada Dego Ride adalah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan dan kementeriannya telah menolak permohonan Dego Ride untuk menawarkan perkhidmatan ‘teksi motosikal’, manakala Nancy Sukri pula berkata Kabinet tidak pernah mengeluarkan keputusan tersebut tetapi 

Kerajaan boleh menetapkan melalui peruntukan undang-undang untuk mendenda operator dan penunggang Dego Ride yang tidak memakai topi keledar mengikut piawaian yang ditetapkan.

Dego Ride mempunyai potensi untuk meningkatkan pendapatan golongan bawahan. Sekiranya dilaksana dan dirancang dengan baik, barangkali Dego Ride mungkin akan menyelematkan golongan Mat Rempit daripada kancah perlumbaan motosikal haram, walaupun Dego Ride menetapkan syarat yang sangat ketat terhadap penunggangnya, termasuk semakan latar belakang penunggang, penggunaan motosikal di bawah lima tahun dan tidak pernah diubahsuai serta latihan-latihan mandatori terhadap penunggang dan sebagainya.

Apa pun sekali, Dego Ride masih bergantung kepada sambutan pasaran terhadap perkhidmatannya. Sekiranya Dego Ride mendedahkan pelanggan kepada risiko yang tinggi, bukan kerajaan boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka, malahan pelanggan dan pasaran akan me

Dego telah memaklumkan secara umum bahawa mereka bercadang untuk mengambil penunggang dari kalangan B40 bagi mempertingkatkan pendapatan mereka dengan membekalkan perkhidmatan transit kepada pelanggan yang perlu berulang-alik di antara tempat tinggal dan tempat kerja atau stesyen LRT/MRT/BRT/Monorel/KTM setiap hari.

Lau Weng San
ADUN Kampung Tunku

Post a Comment