Tuesday, March 27, 2018

Kecenderungan ADUN BN melalaikan tugas di DUN semakin “terserlah”


Kenyataan Media ADUN DAP Kawasan Kampung Tunku, Selangor, Lau Weng San pada 27 Mac 2018 di Petaling Jaya: 

Kecenderungan ADUN-ADUN BN Selangor untuk kurang mengambil bahagian dalam perbahasan DUN dan sekaligus lalai dalam menjalankan tugas mereka sebagai wakil rakyat tetapi teramat cekal untuk berucap melalui sidang media sekali lagi “terserlah” semalam apabila mereka tidak sabar untuk mengadakan sidang media semasa Majlis Perasmian Sidang DUN Penggal ke-enam masih berjalan, iaitu sekitar pukul 11:30 pagi semalam, barangkali pada waktu di mana Tuanku DYMM masih belum berangkat pulang.

Para ADUN Umno yang diketuai ADUN Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan semalam menyenaraikan dakwaan sepuluh kegagalan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan, sedangkan beliau sendiri tidak hadir ke sidang DUN pada hari ini untuk membawa soalan lisannya yang telah dijadualkan sebagai soalan ke-lapan hari ini berkenaan dengan “pelaburan keluar” di Selangor. 

Isu berkenaan iklim pelaburan sememangnya merupakan isu kegemaran ADUN Batang Kali sejak sekian lama. Maka sekiranya beliau ikhlas terhadap isu yang begitu dekat dengan hatinya, maka saya tidak nampak sebab beliau lalai menjalankan tugasnya di DUN Selangor melainkan beliau hanya berminat untuk mempolitikkan isu ini untuk kepentingannya.

Lau Weng San
ADUN Kampung Tunku
Post a Comment