Monday, July 27, 2015

Pertanyaan-pertanyaan sidang DUN kedua tahun 2015

Pertanyaan-pertanyaan Lisan:

1. Gaji, elaun, elaun khas, keraian, bonus dan ganjaran untuk kakitangan atasan GLC
Memohon kerajaan memaklumkan gaji, elaun, elaun khas, keraian, bonus dan ganjaran untuk semua kakitangan atasan GLC. Jawapan boleh diberi dalam satu skala lingkungan.
Adakah kerajaan mempunyai satu skala gaji dan ukuran prestasi yang seragam untuk semua pegawai atasan GLC


2. Biasiswa bagi pengajian bidang-bidang strategik dan kritikal di peringkat Doktor Falsafah (PhD) 
Peruntukan RM5 juta telah disediakan untuk tujuan ini pada tahun 2015. Apakah syarat-syarat permohonan dan adakah borang permohonan telah disediakan?
Berapakah banyak permohonan yang telah diterima dan senaraikan pemohon yang telah berjaya serta bidang penyelidikan yang terlibat?

3. Projek PJ Sentral
PKNS telah kehilangan peluang keemasan untuk mengetuai pembangunan semula sebidang tanah di Petaling Jaya yang sekarang dikenali sebagai PJ Sentral. Apakah langkah-langkah remedi dalaman yang telah diambil oleh PKNS untuk mengelakkan kesilapan yang sama daripada berulang?

4. Projek PJ Elevated City (Datum-In-City PJ)
Apakah perkembangan terkini dan peratusan lengkap projek ini setakat sekarang?
Apakah jangkaan pulangan yang dijangka dapat diperolehi oleh PKNS melalui projek pembangunan ini?
Adakah terdapat cadangan untuk membina rumah Selangorku di kawasan ini?

5. EKVE
Apakah pendirian kerajaan terhadap cadangan pembinaan lebuhraya EKVE?
Bagaimana isu dan masalah tentang pencerobohan kawasan hutan dan kerosakan alam sekitar akan diatasi?

6. Darul Ehsan Investment Group (DEIG)
Senaraikan semua jawatan dan pegawai yang berkhidmat di bawah DEIG sehingga kini.
Apakah tujuan “Request For Information” (RFI) dijalankan dan bagaimana ianya dijalankan serta berapa banyak RFI yang telah diterima sehingga sekarang?
Apakah rancangan seterusnya selepas RFI?

7. Penyata kewangan MBI
Apakah jumlah nilai aset yang dipegang oleh MBI?
Berapa banyak keuntungan yang dijana oleh MBI pada tahun 2013 dan 2014?
Adakah akaun dan penyata kewangan tahun 2014 MBI telahpun disiapkan diserah kepada Jabatan Audit Negara untuk pengauditan?

8. Program air percuma
Berapakah kerajaan telah membelanjakan untuk membiayai program air percuma setiap tahun sejak tahun 2008 sehingga sekarang?
Adakah program ini akan diteruskan sesudah selesainya penstrukturan semula industri air Selangor?

9. Pertelingkahan antara FAS dengan FAM
Apakah sebab utama FAS enggan melepaskan pemain-pemain Selangor kepada pasukan kebangsaan dalam persediaan melawan pasukan Liverpool memandangkan peluang beraksi bersama-sama pasukan bertaraf antarabangsa adalah sangat penting bagi pemain-pemain tempatan?

10. Perkhidmatan Bas Percuma di Lembah Klang.
Apakah jumlah kos perbelanjaannya dan bilangan bas yang dalam perkhidmatan setakat sekarang?
Berapa ramai penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas ini setiap hari?
Adakah terdapat apa-apa rancangan penambahbaikan dan pengembangan perkhidmatan pada masa depan?

Pertanyaan-pertanyaan Bertulis:

11. Ekspedisi dan rombongan pelaburan kerajaan Selangor di luar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya
Memohon kerajaan menyeranaikan semua perbelanjaan, kos serta pegawai-pegawai kerajaan yang turut bersama dalam semua ekspedisi dan rombongan pelaburan kerajaan Selangor yang diadakan di luar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada tahun 2015 sehingga sekarang.

12. Hasil dan pulangan daripada pasir
Memohon kerajaan memberi maklumat terkini tentang semua hasil dan pulangan berkenaan dengan perlombongan pasir dan pasir laut termasuk hasil dalam bentuk royalti dan premium yang dikutip oleh pejabat tanah dan keuntungan KSSB serta dividen yang dibayar kepada kerajaan oleh KSSB.

13. Serbuan Unit Integriti oleh SUK
Berapa banyak serbuan yang dijalankan oleh Unit Integriti Setiausaha Kerajaan dalam mengurangkan budaya lepak semasa bekerja pada tahun 2015 sehingga sekarang dan nyatakan bilangan staf yang dikenakan tindakan disiplin.

14. Bayaran kepada kontraktor pembersihan di MBPJ
Apakah harga anggaran per ton sampah yang dibayar MBPJ kepada kontraktor-kontraktor pembersihan dan sisa pepejal dan bagaimanakah maklumat-maklumat ini telah diguna dalam mempakej tender, kontrak dan sebutharganya. Sila guna contoh di Zon 19 dan 20.

15. Kawasan hotspot denggi di Selangor
Nyatakan kesemua kawasan hotspot denggi di Selangor dalam enam bulan pertama tahun 2015 dan bilangan kes denggi berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2013 dan 2014.

16. Peruntukan Pembangunan kepada JKR dan JPS pada tahun 2015
Berapa banyak peruntukan pembangunan JKR dan JPS pada tahun 2015 dan berapa banyak daripadanya telah dibelanjakan?
Sila memberi butiran telah setiap satu perbelanjaan dan projek yang belum bermula, telah bermula, telah siap sepenuhnya dan belum bermula pada tahun ini.

17. Rumah Selangorku
Berapa banyak rumah Selangorku yang telah disiapkan, sedang dibina dan yang belum dibina tetapi telah kebenaran merancangnya telah diluluskan? Sila memberi butirannya mengikut pecahan projek dan pemajunya?

18. WiFi Selangorku
Senaraikan semua lokasi hotspot WiFi Selangorku mengikut DUN dan maklumat pembekal perkhidmatan internet (ISP) yang berkaitan untuk setiap hotspot.
Berapa banyak telah diperuntukkan untuk program ini pada tahun 2015 dan berapa banyak telah dibelanjakan setakat sekarang?

19. Bunting dan poster haram
Berapa banyak bunting dan poster haram yang telah diturunkan oleh setiap PBT di Selangor pada tahun 2015?
Berapa banyak nombor telefon bimbit yang telah diserah kepada SKMM untuk permotongan perkhidmatan?

20. Peruntukan MARRIS
Berapakah peruntukan MARRIS diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan kepada Selangor pada tahun 2014 dan 2015?
Untuk tahun 2014, berapakah banyak telah dibelanjakan dan sama ada terdapat apa-apa perjimatan?
UNtuk tahun 2015, berapakah banyak telah dibelanja dan dibayar kepada kontraktor setakat sekarang?

No comments: