Tuesday, June 14, 2022

Mengapakah kerajaan negeri Kelantan serta Majlis Perbandaran Kota Bharu yang dipimpin PAS membenarkan penganjuran program kebudayaan yang mengandungi tarian Bon Odori pada November 2018 tetapi pemimpin-pemimpinnya sekarang pula menimbulkan isu dalam penganjuran Bon Odori di Shah Alam, Selangor?

 Kenyataan Media ADN Banting (DAP) Lau Weng San pada 14 Jun 2021 di Banting, Kuala Langat: 

Soalan di atas timbul apabila saya pernah menerima surat berita daripada The Japan Foundation, Kuala Lumpur (JFKL) bertarikh 29 Oktober 2018 untuk mewar-warkan Pesta Budaya Kelate yang berlangsung di Dewan Jublil Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-BRI) pada 17 November 2018.

Dalam surat berita tersebut, Pesta berkenaan dikatakan akan mempamerkan keunikan budaya antara Kelantan dan Jepun di mana pertunjukkan budaya Kelantan yang ternama dan popular seperti Dikir Barat, Rebana Ubi, Gasing Terbang, Silat Tari dan lain-lain akan ditunjukkan sementara JKFL akan mengetengahkan pertunjukan kebudayaan orang Jepun.

Antara pertunjukan-pertunjukan kebudayaan Jepun yang akan diketengahkan ialah pertunjukan kraftangan Kokeshi Dolls, pembelajaran Bahasa Jepun, kaligrafi, furoshiki, origami, kirigami 3D, masakan onigiri dan okonomiyaki, permainan-permainan tradisional rakyat Jepun seperti Wanage, tembakan Shateki, pertunjukan anime dan gendang Jepun, pemakaian pakairan yukata dan akhir sekali tarian Bon Odori.



Bukankah benar bahawa kerajaan negeri Kelatan pada tahun 2018 dan sekarang masih dipimpin PAS iaitu Menteri Besarnya Dato’ Haji Ahmad Yakob serta Timbalan Menteri Besarnya Dato' Mohd Amar Bin Abdullah, kedua-duanya merupakan pemimpin utama dalam PAS dan menjawat jawatan kanan dalam Majlis Syura dan PAS Pusat sekarang?

Bukankah benar juga bahawa penggunaan Dewan Jubli Perak, MPKB-BRI perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan tempatan iaitu MPKB-BRI di mana Ahli-ahli Majlisnya terdiri daripada ahli dan pemimpin yang dilantik oleh parti PAS?

Jadi, apakah masalah PAS dengan penganjuran Bon Odori di Shah Alam, Selangor sedangkan ianya tidak ada masalah untuk membenarkan program yang hampir sama berlangsung di tempatnya Kota Bharu, Kelantan pada tahun 2018?

Saya akan melampirkan tangkap layar emel yang saya menerima pada Oktober 2018 untuk membuktikan kenyataan saya. Saya juga meminta pemimpin-pemimpin PAS baik di PAS Pusat dan PAS Selangor untuk memperjelaskan ketidak-serasian tindakan mereka ini.

Sekiranya tidak, maka bolehlah dianggapkan bahawa tuduhan dan kenyataan serong beberapa pemimpin PAS terhadap program Bon Odori ini adalah tidak tepat di mana rakyat berbilang kaum dan agama boleh menghadiri program ini seperti tahun-tahun yang lalu.

Lau Weng San

No comments: