Monday, October 24, 2005

Usul tolak gaji Ketua Pengarah BPS ditolak hari ini di Dewan Rakyat.

Ketua Pembangkang Parlimen YB Lim Kit Siang telah membawa satu usul untuk menolak gaji Ketua Pengarah BPR sebanyak RM10 daripada Bajet 2006 sebagai satu tindakan simbolik untuk menggesa BPS supaya mempertingkatkan usaha membanteras rasuah dan tidak menjadi seekor Harimau Tidak Bergigi (A Toothless Tiger).

Usul itu adalah seperti berikut:
“Bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM10.00 daripada Maksud Bekalan 9 - Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Butiran 010000 Khidmat Sokongan, iaitu dengan memotong gaji Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah sebanyak RM10.00 di bawah Maksud Bekalan 9, Butiran 010000 Khidmat Sokongan.”

Seperti biasa, usul ini ditolak oleh suara majoriti walaupun cukup panas diperbahaskan oleh Yang-yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen sekalian.

Butir-butir akan dibekalkan nanti.

No comments: