Thursday, December 24, 2009

Majlis Bandaraya Petaling Jaya bertekad mencari penyelesaian menang-menang dalam isu Kabin Sri Aman.





Saya ingin merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang berkaitan dengan Kabin Persatuan Penduduk Seksyen 21 (SEA Park) Petaling Jaya yang diletakkan berdekatan dengan padang di Jalan 21/27 yang mendapat liputan berikutan perasaan tidak puas hati penduduk-penduduk di Pangsapuri Sri Aman yang diketuai oleh Rukun Tetangga Pangsapuri Sri Aman, Seksyen 22.

Saya ingin memaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengambil serious terhadap perkara ini dan telah mengaturkan satu mesyuarat yang dipengerusi saya pada 9 Disember 2009.

Dalam mesyuarat itu, saya telah mencadangkan kepada mereka yang menghadiri mesyuarat bahawa tempat itu yang pada masa sekarang agak berselerak perlu dibangunkan semula.

Cadangan-cadangan saya adalah seperti berikut:

  1. Kabin itu sebenarnya ditempatkan di Jalan 21/22 semasa zaman BN di atas sekeping tanah persendirian. Selepas pilihanraya, Persatuan Penduduk SEA Park telah dihalau keluar daripada tanah asal tersebut dan ditempatkan buat sementara waktu sehingga mereka mendapat satu tempat yang bersesuaian. Malangnya, Majlis tidak mempunyai sebarang dewan MBPJ untuk menempat mereka kerana hampir semua tanah di SEA Park ialah tanah persendirian yang masih dipunyai oleh pemaju.
  2. Pembangunan semula yang dicadangkan itu akan merangkumi sebuah Balai Raya yang dimiliki dan diuruskan oleh MBPJ sendiri di mana Kelab Sukan Sri Aman (yang sebenarnya diketuai oleh Pengerusi Rukun Tetangga Sri Aman, Abdul Kahar Ahmad) dan Pejabat Urusan Persatuan Penduduk SEA Park boleh ditempatkan di dalam Balai Raya ini. Kedua-dua pihak itu perlu mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh MBPJ.
  3. Cadangan ini telah dipersetujui oleh wakil-wakil daripada Persatuan Penduduk SEA Park dalam mesyuarat pada 9 Disember 2009 itu dan mereka bersetuju untuk mengeluarkan kabin ini jikalau MBPJ dapat membina balai raya tersebut dan mencantikkan kawasan persekitaran taman itu.

Walaupun begitu, oleh kerana wakil daripada Rukun Tetangga Sri Aman tidak menghadiri mesyuarat itu, maka saya perlu berjumpa dengan Rukun Tetangga Sri Aman untuk berbincang dengan mereka sama ada mereka bersetuju dengan cadangan ini atau tidak.

Selain saya mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak, saya tidak akan dapat meneruskan cadangan saya ini. Saya meminta kepada kedua-dua pihak untuk bertolak ansur dan duduk berbincang dengan MBPJ dalam menyelesaikan masalah ini secara menang-menang.

Saya berharap ini akan dapat menjelaskan segala pertanyaan dan kemusykilan yang tertimbul berikutan laporan-laporan akhbar ini di mana MBPJ memang dalam usaha untuk mencari satu jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh kedua-dua kumpulan penduduk.

Dilampirkan bersama-sama kenyataan ini adalah surat-surat yang dikeluarkan oleh beberapa agensi kerajaan termasuk PDRM terhadap isu ini.

No comments: