Friday, September 26, 2014

Kekalahan di Pengkalan Kubor



Kekalahan mengejut calon Pas di PRK Pengkalan Kubor, Kelantan amat tidak dijangkakan.Malahan kekalahan Pas dengan undi majoriti yang lebih besar menjadi daripada PKR petanda awal kemerosotan prestasi Pas dan Pakatan Rakyat.
Kerusi ini diberi kepada PKR dalam dua PRU berturut-turut yang lepas tetapi PKR tidak dapat menang kerusi tersebut. Lalu dalam PRK ini, Pas meminta supaya kerusi ini dipulangkan kepada PKR berdasarkan Pas mempunyai organisasi parti yang lebih mantap berbanding PKR di Kelantan.
Lebih-lebih lagi ini berlaku di Kelantan, negeri yang digelar kubu kuat Pas sejakn tahun 1990 dan negeri di mana kerajaan negeri Pas dalam perbincangan dengan kerajaan BN untuk melaksanakan hukum hudud.
Adakah kekalahan Pas disebabkan taktik kotor BN?
Adakah kekalahan Pas disebabkan oleh UG?
Adakah kekalahan Pas bukti aura Nik Aziz telah luntur, seperti apa yang dikata Ketua Pemudanya Suhaizan Kayat?
Adakah kekalahan Pas ini bukti bahawa hukum hudud tidak semestinya mendatangkan lebih banyak undi kepada Pas?
Apapun sekali analisanya, saya pasti kekalahan Pas ini sekali lagi menunjukkan bahawa Pas, sama seperti PKR dan DAP, mesti bergabung dalam Pakatan Rakyat sebelum dapat menewaskan BN. Menyimpang daripada perjuangan asal PR pasti mengundang padah.

No comments: