Thursday, January 06, 2011

Bantuan kepada 230 orang murid-murid miskin rumah pangsa Sri Aman, Petaling Jaya



Petaling Jaya, 5 Januari – Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selangor bagi kawasan Kampung Tunku, Lau Weng San mengedarkan 4600 buah buku latihan sumbangan daripada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kepada 230 orang murid daripada keluarga berpendapatan rendah di rumah pangsa Sri Aman, SS1, Petaling Jaya pada Jumaat yang lepas di Dewan Orang Ramai Rumah Pangsa berkenaan.

Selain itu, Lau Weng San juga memberi 230 keping voucher kasut sekolah bata kepada murid-mruid ini supaya mereka dapat membeli kasut sekolah yang baru.

Menurut Lau Weng San, bantuan ini adalah sumbangan daripada kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat sejak tahun 2008 di mana voucher kasut adalah sumbangan daripada peruntukan kawasan DUN Kampung Tunku.

Sebelum ini, Lau Weng San dalam ucapannya berharap semua murid yang menerima sumbangan agar belajar dengan tekun supaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Selain itu, Lau Weng San turut mengatakan bahawa bantuan akan diberi kepada mereka yang berasal daripada keluarga miskin dan ini adalah sejajar dengan dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Komitmen ini dapat dilihat apabila Jawatankuasa Kerajaan Prihatin Kerajaan Selangor akan memberi bantuan kepada murid-murid miskin menjelang setiap pembukaan sessi baru sekolah.

No comments: