Thursday, May 24, 2012

Cabutan bertuah kereta mewah “Bersih 4.0” palsu menunjukkan kegilaan NGO-NGO pro-BN

Tindakan ketua kumpulan anti-BERSIH, Datuk Jamal Md Yunus yang menawarkan dua kereta mewah untuk cabutan bertuah kepada pelawat-pelawat Facebook Bersih palsu, Bersih 4.0, menunjukkan kegilaan dan kerencatan akal individu-individu ini.

Dua buah kereta ini ialah kereta BMW 530 yang bernilai RM225,000 dan kereta lumba Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta.

Kedua-dua kereta ini akan diberi secara percuma kepada pelawat Facebook Bersih palsu yang ke-150,000 dan yang ke-sejuta.

Sebelum ini, Datuk Jamal Md Yunus, yang juga merupakan Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur, mendakwa bahawa perhimpunan Bersih 3.0 telah menyebabkan kerugian besar dalam perniagaan mereka.

Seandainya Datuk Jamal Md Yunus menawarkan kedua-dua kereta ini kepada pelawat-pelawat Facebook, maka beliau akan kerugian RM1.445 juta, tidak termasuk potongan harga yang ditawarkan kepada pelawat-pelawat Facebooknya yang diberi jikalau mereka mengunjungi Restoran Sekinchan Ikan Bakar.

Jadi, adakah kerugian ini lebih ringan atau lebih teruk daripada “kerugian” yang ditanggungnya pada hari perhimpunan Bersih 3.0?

Sudah pasti kerugian berpunca daripada pemberian kereta-kereta mewah dan potongan-potongan harga jauh melebihi kerugian yang ditanggung oleh mana-mana peniaga.

Justeru itu, dakwaan Jamal Md Yunus bahawa perhimpunan Bersih 3.0 telah menyebabkan kerugian kepada peniaga-peniaga di Kuala Lumpur seperti beliau, adalah cerita rekaan semata-mata. Jika benarpun, ianya masih di tahap yang boleh diterima kerana tindakan Jamal Md Yunus telah menunjukkan bahawa beliau sanggup menanggung kerugian sebanyak RM 1.445 juta hanya untuk menentang Bersih.

Adalah jelas kepada kami bahawa tindakan Jamal Md Yunus ini tidak lain tidak bukan gimik politik semata-mata untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada menghadapi isu genting yang melanda negara – ketidakadilan dalam system pilihanraya Malaysia.

Nasihat saya kepada Jamal Md Yunus ialah, jikalau beliau benar-benar berminta untuk membantu peniaga-peniaga kecil di Kuala Lumpur, maka gunakan wang yang beliau ada dan pendapatan daripada kedua-dua buah kenderaaan ini untuk memberi bantuan kepada para peniaga, dan bukannya asyik berpublisiti dengan perkara-perkara yang tidak membawa makna sebenar dalam kehidupan.
Post a Comment