Thursday, May 31, 2012

Reply from The Star Journalist, A. Letchumanan

I received the following email from A. Letchumanan, the Star reporter:

I saw that the letter from MBPJ was featured in yr blogspot. I sincerely hope that u cud also be kind enough to publish my reply. letchu star 

MERUJUK ARTIKEL "CONDUCT PROBE ON COUNCILLORS, SELANGOR DAP TOLD" 

Dengan hormatnya merujuk kepada artikel di atas yang ditulis olehwartawan A. Letchumanan yang disiarkan di akhbar The Star muka surat 10 Nationbertarikh 9 Mei 2012 dan 14 Mei 2012 dan9 Mei 2012 adalah berkaitan. 

2. Pihak Majlis ingin menjelaskan bahawa kandungan artikeltersebut memberi gambaran salah dan palsu tentang fakta-fakta mengenaipelantikan firma guaman untuk mengendalikan kes-kes Majlis. 

Jawapan: Saya menafikan bahawa artikel teresbut memberi gambaran yang salah dan palsu. Saya ada mempunyai bukti yang kukuh dan asas untuk laporan saya. 

3. Pelantikan firma guamandaripada panel firma guaman MBPJ adalah dibawah bidang kuasa Datuk Bandarsahaja. Ahli Majlis tidak diberi kuasa untuk melantik mana-mana firma guaman untukmengendalikan kes Majlis. Unit Undang-undang menasihatkan Datuk Bandar dalampelantikan tersebut. Jawatankuasa kecil yang terdiri daripada Ahli Majlis dan juga Unit Undang-undang MBPJ menasihatkan pelantikan firma guaman mengikut kepakaran dan kriteria sesuai mengikut dasarMajlis. Panel firma guaman Majlis terdiri daripada pelbagai firma guaman tanpa mengira idealogi politik selagi mereka berdaftar dengan Majlis Peguam Negara dan berkaliber berdasarkan kepada kriteria Majlis. Majlis tidak pernah menyekat mana-mana firma guaman daripada menjadi panel Majlis atas penyertaan partipolitik. 

Jawapan: Di dalam laporan saya, saya tidak ada menyatakan bahawa jawatankuasa kecil telah lantik tetapi melaporkan bahawa keputusan untuk memilih firma Stella & Lim di buat dlm mesyuarat yang dihadiri oleh tiew, chan dan Puan Rosita. Sebelum ini keputusan telah dibuat untuk memberi kes ini kepada Daim & Gamany 

4. Dalam artikal yangdisiarkan pada 14 Mei 2012 pelantikan firma guaman tersebut adalah betul danteratur. Sebenarnya kenyataan yang disiarkan pada para akhir artikel tersebut mengenai bayaran RM55,000 adalah salah dan memberi gambaranyang tidak adil kepada Majlis dan firma guaman tersebut. Ini adalah keranasebenarnya sebutharga RM 55,000 yangditawarkan adalah untuk mengendalikan kes di tahap mahkamah tinggi dan juga melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dengan unsur-unsur jenayah dalamkes tersebut. 

Jawapan: Ini telah dimaklumkan oleh Derek dan bukan oleh saya. Untuk maklmuman, saya dapat tahu bahawa firma Stella & Lim telah mengkemukakan sebutharga RM55,000 dan bersetuju memfailkan kes terbabit kepada Mahkamah Tinggi pada Jun 2010. Mereka telah setuju mengkurangkan kepada RM15,000 beberapa bulan kemudian. 

5. Oleh kerana Majlis hanya memerlukan perwakilan di mahkamah sesyen sahaja untuk kes penghutang pinjaman. Maka firma guaman mengurangkan kadar bayaran yang dikenakan. Majlistidak pernah membayar RM 55,000 kepada firma guaman tersebut. Perkara ini telah dijelaskan sepenuhnya dalam MesyuaratJawatankuasa Audit & Tadbir Urus, Jawatankuasa Kewangan dan Mesyuarat Majlis Penuh selepas perkara ini dibangkitkandalam mesyuarat Jawatankuasa Kewangan yang terdiri daripada pelbagai pihak,termasuk Ahli-ahli Majlis. 

Jawapan: Di dalam laporan saya, tidak sebut bahawa Majlis telah membayar RM55,000 kepada firma Stella Lim. 

6. Kenyataan berkenaan kes telah ditawarkan kepada firma guaman PKR telah diambil alih oleh firmaguaman DAP dalam kedua-dua artikel tersebut adalah tidak benar dan tidakberasas sekali. Ini kerana Majlis memperuntukkan pengendalian kes kepada panelfirma guaman bukan berdasarkan hubungan politik tetapi adalah denganmengambilkira kriteria-kriteria berikut::- 
 a. kepakaran firma guaman dalam bidang undang-undang tersebut; 
 b. pengalaman dan kekananan peguam dalam firma guaman tersebut yangakan mengendalikan kes; 
 c. prestasi memenangi kes; 
 d. fee yang dikenakan berdasarkan piawaian fee Majlis. Untuk kes ini Majlis telah pun menang. 

Jawapan: Sumber sumber saya menyatakan bahawa jawatankuasa kecil perundangan yang mesyuarat pada Jun 3, 2010 telah melantik Daim & Gamany, firma dimana Ahli Parlimen Subang Sivarasa ada kepentingan. Tetapi mesyuarat kecil perundangan pada Jun 16, 2010 telah membatalkan keputusan itu dan setuju melantik Tetuan Stella & Lim dimana Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dengan alasan Daim dan Gamany ada kendali kes yang lain. Mesyuarat pada Jun 16, 2010 telah di hadir oleh Tiew, Chan and Puan Rosita dari Majlis dan adakah mereka ada hak untul membatal keputusan yang dibuat pada Jun 3, 2010. Didalam laporan saya, Chan menyatakan bahawa dia tidak tahu bahawa firma Stella & Lim adalah kepunyaan DAP dan siapa yang membuat keputusan untuk memberi kes itu pada Stella & Lim. Adakah Tiew atau Puan Rosita. Adakah Majlis membuat siasatan terhadap kes ini dan apakah keputusan. 

7. Sehubungan dengan ituMajlis meminta supaya jawapan ini disiarkan sepenuhnya dalam akhbar tuan bagimenjelaskan perkara tersebut supaya tidak memberikan gambaran yang palsu kepadaorang ramai. Pihak Majlis berhak untukmengambil tindakan mengikut undang-undang sekiranya apa-apa laporan atau kenyataan yang disiarkan adalah palsu dan tidak benar. 

Jawapan: Sebelum menyiarkan berita ini, saya melaporkan diatas fakta fakta dan saya mendapati pihak Majlis telah mengadakan satu siasatan terhadap penukaran keputusan perlantikan firma. Saya harap boleh mendapat laporan itu dan ini mungkin akan menjelaskan laporan laporan saya. Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak membuat gamabaran palsu mengenai Majlis dan sedia untuk membuktikan laporan saya adalah benar. 

Akhir sekali, saya harap mendapat jawapan terhadap soalan soaln yang telah mengkemukan. Saya boleh menulis artikel tersebut berdasarkan jawapan yang akan diberi oleh pihak Majlis kelak. 

sekian, terima kasih. 

A. Letchumanan The Star
Post a Comment