Tuesday, November 05, 2019

Ucapan Perbahasan Belanjawan Selangor 2020 Peringkat Dasar pada 4 Nov 2019 di DUN Selangor, Shah Alam.

Ucapan Perbahasan Belanjawan Selangor 2020 Peringkat Dasar pada 4 Nov 2019 di DUN Selangor, Shah Alam:

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana sesudah setahun kita menjalankan penjajaran semula kesemua program itu tahun depan kerajaan akan dapat melancarkan lebih banyak program projek kebajikan yang besar untuk membantu rakyat Selangor. Ada tambahan peruntukan dan kuota untuk Peduli Sihat, KISS. KISS tambah kuota daripada 20,000 ke 25,000 dan peruntukan daripada RM50 juta ke RM62 juta. Peruntukan RM20 juta untuk JS SMUE, 200,000 penerima. 

Kerajaan Selangor harus memantau keadaan di United Kingdom sama ada mungkin menarik lebih banyak lagi pelaburan berteknologi tinggi daripada UK ke Malaysia dan Selangor pasca Brexit dan kemungkinan UK untuk menjalinkan hubungan perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat selepas Brexit.

Amerika Syarikat masih lagi negara pelaburan terbesar di Malaysia biarpun digempar-gempuhkan peranan yang dimainkan oleh Republik Rakyat China. Kita juga perlu membantu rakan-rakan pelabur tradisi kita seperti UK, USA, Taiwan dan Jepun

Inisiatif Smart Selangor – Syabas diucapkan kerana mencapai matlamat kutipan cukai. Tetapi ada teguran. Kerajaan pintar, IR4.0, Artificial Intelligence boleh membuat unjuran kutipan cukai berdasarkan parameter-parameter yang telah ditetapkan.


Rumah Idaman, Rumah Selangorku di Trifolis, Klang dan Parklands tidak boleh disewa tetapi masih ada yang menyewa untuk mengaut keuntungan, khusus disewa kepada pekerja-pekerja. Rumah SelangorKu disewa? Pemaju menjual kepada kakitangan sendiri. Perjanjian masih tidak ketat. Penguatkuasaan longgar. Permohonan daripada Pemaju dan Pemaju mempunyai kelebihan untuk menentukan siapa yang boleh membeli.

Kerajaan harus menolak permohonan tuan tanah yang hendak menukar daripada tanah perumahan ke komersial untuk membina pangsapuri perkhidmatan. [semak maklum balas]

178 juta untuk projek jalan raya – masih tidak cukup untuk JKR dan saya memohon perbincangan diadakan supaya penggunaan peruntukan daripada Jabatan-jabatan dan agensi kerajaan di luar JKR dibenarkan tertakluk kepada kelulusan dan piawai JKR. Khususnya Jalan Persekutuan FT005.

Bekalan air dan perbelanjaan capex – Hakikat daripada pelaksanaan Skim Air Darul Ehsan, maka Air Selangor dijangka akan mempunyai aliran tunai yang lebih sihat untuk menjalankan kerja-kerja penukargantian paip air lama. Apakah prestasinya dan apakah NRW sekarang?

Kerajaan Selangor nampakan akan membelanjakan wang yang banyak untuk menukarganti paip lama. Berapakah yang pernah dibelanjakan sebelum ini?

PTRS diperbesarkan sehingga meliputi murid UPSR – satu bukti kukuh menunjukkan peruntukan kerajaan digunakan pada tempat yang betul kerana perbelanjaan pendidikan perlu dilihat sebagai pelaburan dan bukan perbelanjaan.

Geran komuniti pemasangan CCTV – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Sungai Jarom ada hasrat malahan telah mendapat derma daripada orang ramai untuk memasang CCTV. Banting mohon dipermudahkan kerana terdapat cadangan yang melibatkan Jalan Negeri B60 JKR.

Saya juga setuju dengan hujah daripada ADUN Bukit Lanjan bahawa teknologi cam muka CCTV mungkin akan menimbulkan masalah berkaitan dengan privacy dan personal data protection dan kerajaan harus menerliti . 

Sukarelawan Hijau dan Pusat Kitar Semula PBT – RM600 ribu. Apakah modus operandinya? Kita tidak mahu sesuatu program itu diadakan semata-mata untuk pertunjukan sahaja. Operasi pusat kitar semula perlu dirancang sebagai sebahagian daripada Circular Ekonomi dan bukan Syok Sendiri.

Sebanyak RM6.85 juta diperuntukan untuk pengurusan sisa pepejal di kawasan kampung tradisi – sangat diperlukan dan bagi penduduk yang menetap di pola penempatan berselerak ini, mereka tidak ada masalah untuk membayar cukai taksiran kepada PBT. Juga apakah status terkini projek WTE di Jeram?

RM5.26 juta untuk PeBT perlu dipantau. Peruntukan tahun 2019 ialah RM4.96 juta. Tambah RM300,000. Ianya harus tertakluk kepada syarat-syarat yang ketat seperti dalam PWB. Peruntukan PWB – berapa  banyak yang telah diguna dan belum diguna untuk tahun 2019? Sila bentangkan laporan bertulis.

TKPM Sungai Kelambu juga perlu maklum balas terkini daripada MMKN dan Jabatan Perhutanan kerana masih belum ada kelulusan terkini walaupun kertas cadangan telah dibentangkan tetapi ditangguhkan. Ketirisan berlaku kerana kerajaan tidak boleh mengutip hasil daripada aktiviti pertanian ini.

Bantuan Khas Kewangan kedua antara RM500 hingga maksimum dua bulan gaji kepada kakitangan – Apakah KPI? Siapakah yang akan menjalankan penilaian? Ahli Majlis dan Wakil Rakyat perlu dilibatkan bersama dan mereka boleh memberi markah kepada semua pegawai kanan berpangkat Gred 44 dan ke atas.

Peruntukan untuk Pusat Khidmat ADUN, peruntukan kawasan DUN dan peruntukan untuk Institusi Speaker dan Timbalan Speaker DUN perlu dipertambahkan atau diwujudkan untuk memperkasakan pentadbiran dan operasi DUN dan Jawatankuasa-jawatankuasa Dewan.

No comments: