Friday, May 06, 2011

Kesilapan SPR: Balai Polis Sea Park SS2 diletak dalam DUN Kampung Tunku

Saya telah mengadakan sidang media pada pagi ini untuk membangkitkan satu isu berkenaan dengan bilangan pengundi pos yang meningkat mendadak di DUN Kampung Tunku.

Bilangan pengundi pos berdaftar di DUN Kampung Tunku pada tahun 2008 ialah 82 orang di mana sebahagian besar daripada mereka ditempatkan di lokaliti Seksyen 21 Timur dan Sungai Way Selatan Satu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memasukkan Balai Polis Sea Park dan Balai Polis Sungai Way ke dalam kedua-dua lokaliti. Kesilapan telah berlaku apabila SPR memasukkan Balai Polis Sea Park, yang terletak di Jalan SS2/60, ke dalam lokaliti Seksyen 21 Timur sedangkan balai polis berkenaan sepatutnya diletakkan ke dalam lokaliti SS2 Tengah di bawah DUN Damansara Utama.

Saya telah membuat aduan rasmi dengnan SPR pada hari semalam dan meminta SPR untuk menjalankan tinjauan di kawasan berkenaan. Saya berharap SPR dapat memperbetulkan kesilapan ini dan memasukkan pengundi-pengundi pos daripada Balai Polis Sea Park ke dalam lokaliti SS2 Tengah, DUN Damansara Utama kerana ini merupakan tempat sebenarnya balai polis ini berada.

No comments: