Sunday, October 18, 2015

Satu keluarga, satu tapak, satu lesen penjaja di MBPJ

Dasar MBPJ dalam pemberian lesen penjaja/lesen perniagaan sementara untuk sesuatu kawasan ialah satu lesen untuk satu keluarga sahaja. Maksudnya kalau bapa dapat, isteri dan anak tidak dapat, melainkan di tempat yang lain.

Peraturan ini mungkin diketepikan semasa zaman BN tapi telah ditegaskan dalam zaman PR/PH. Tapi dalam satu perjumpaan dengan seorang penjaja yang bernama Saminathan a/l Kitchan ini, beliau pernah menunjukkan lesen perniagaan sementara Bazaar Deepavali untuk anaknya (Kenneth Sam a/l Saminathan, 22 tahun) dan isterinya di Jalan SS 9A/13 sebelum ini.

Saya percaya dua lesen perniagaan yang dia pegang di depan Balai Polis PJ ini ialah lesen anak dan isterinya juga. Maka saya boleh rumuskan bahawa bukan sahaja dia menjadi broker, malahan dia sendiri pun menjadi Bazaar Deepavali di Jalan SS 9A/13 ini sebagai perniagaan monopoli keluarganya.

Adakah ini adil untuk peniaga-peniaga India yang lain?

Post a Comment