Monday, November 13, 2017

Jawapan-jawapan untuk pertanyaan-pertanyaan bertulis saya sepanjang sidang DUN Sesi 3 Tahun 2017

1. Senaraikan kod nombor dan panjang jalan kesemua jalan Persekutuan di Selangor di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya serta perbelanjaan yang terlibat untuk menyelenggara jalan-jalan ini sejak tahun 2013 sehingga sekarang.




2. Senaraikan semua aset dan hartanah yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor serta anak-anak syarikatnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan apakah penjanaan keuntungan daripada aset-aset ini.

3. Senaraikan jumlah permohonan di bawah s.76 Kanun Tanah Negara yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri sejak tahun 2008 sehingga sekarang mengikut tahun, keluasan tanah dan kategori kegunaan tanah.

4. Senarai jumlah permohonan di bawah s.65 Kanun Tanah Negara yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk kegunaan papan tanda iklan dan pondok pegawal keselamatan serta jumlah fi yang telah dibayar sejak tahun 2008.


5. Senaraikan tanah-tanah kerajaan yang telah diberi hakmilik kepada parti-parti politik sejak tahun 1980 sehingga 2008 dengan maklumat tentang saiz, kategori kegunaan tanah, jenis hakmilik, tempoh pajakan, nama pemiliknya serta premium yang dibayar untuk setiap hakmilik.








6. Senaraikan tanah-tanah kerajaan yang telah diberi hakmilik kepada Majlis Amanah Rakyat serta anak-anak syarikatnya dengan maklumat tentang saiz, jenis hakmilik, tempoh pajakan, kategori kegunaan tanah serta premium yang dibayar untuk setiap hakmilik.






7. Sebanyak RM10juta telah diperuntukkan untuk program Peduli Siswa. Berapa ramai permohonan yang telah diterima dan diluluskan sehingga sekarang?

8. Sebanyak RM1juta telah diperuntukkan untuk membantu 25 sekolah mubaligh dan lima sekolah SMJK di Selangor. Senaraikan permohonan yang telah diterima serta amaun yang telah diluluskan untuk setiap satu permohonan tersebut.

9. Senaraikan bilangan pesalah yang telah didakwa di mahkamah syariah di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 sejak tahun 2008 mengikut tahun dan jenis kesalahan yang dilakukan.



10. Senaraikan bilangan perkahwinan yang didaftarkan di Selangor yang melibatkan remaja perempuan yang berumur 16 tahun ke bawah dan di antara 16 tahun hingga 18 tahun.


Post a Comment