Sidang Parlimen hari ini pada sebelah petang berkisar sekitar isu pembekalan elektrik dan topik ini mendapat perhatian dan perdebatan hangat daripada Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak khususnya.
SESB (Sabah Electricity Supply Berhad). Ahli Parlimen dari Sri Gading mengatakan bahawa mereka sudah bosan dengan jawapan piawai (standard) daripada Menteri-menteri iaitu jawapan seperti “kami akan kaji”, “akan dipertimbangkan”, “akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9”...
Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak kelihatan amat tertarik dengan hujah ini dan mula “mengebom” Kementerian Tenaga, Air and Komunikasi. Sambil mengebom Kementerian ini, Sri Gading sambil menunjuk kepada MP yang duduk di sebelahnya, Kinabatangan, dan mengatakan bahawa hampir 50% daripada kawasannya tiada bekalan elektrik.
Untuk mereka yang duduk di Bandaraya besar seperti Kuala Lumpur ini, memang ini amat memeranjatkan tetapi untuk mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak, ini sudah menjadi asam garam dalam kehidupan seharian mereka.
Seorang rakan karib saya dari Tawau, Sabah yang saya kenali samasa menuntut di UM pernah mengeluh kepada saya bahawa gangguan elektrik di Sabah memang sudah menjadi kebiasaan, sehingga orang Sabah mengejek orang Semenanjung apabila berlakunya gangguan elektrik selama beberapa jam sedangkan ganggunan elektrik di Sabah boleh berlarutan sehingga ke setengah hari atau lebih.
Dan di sinilah kita dapat lihat jurang perbezaan yang semakin besar di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Sekiranya kejadian ini tidak direktifikasikan, maka janganlah kita dari Semananjung ini berasa ganjil apabila orang Sabah dan Sarawak mengejek kita apabila bekalan elektrik terganggu lagi suatu hari nanti.
Dan persoalannya juga, sekiranya pihak pembangkang mengusulkan untuk kerajaan memperbaiki sistem bekalan elektrik di kedua-dua negeri ini, sudikah mereka mengangkat tangan untuk menyokong? Sudikah mereka?
Lau Weng San
No comments:
Post a Comment