Tuesday, April 03, 2007

Kompleks IPD Baling terbengkalai

It is surprising and saddening to witness another story about government project abandoned. This time is a Headquarters Complex of Baling Police District which cost about RM39.5 million dan was abandoned two years ago.

Nobody knows the reason why it was abandoned and when it will be completed.

You have the write-up as below from Utusan Malaysia:

Kompleks IPD Baling terbengkalai

Oleh OPAT RATTANACHOT

Seorang penduduk menunjukkan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Baling bernilai RM39.5 juta yang terbengkalai sejak dua tahun lalu di Baling, Kedah, semalam. – Gambar OTHMAN YAHAYA.

BALING 2 April – Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling yang dianggarkan menelan belanja RM39.5 juta terbengkalai selepas gagal disiapkan mengikut jadual.

Utusan Malaysia difahamkan Kompleks IPD seluas 3.67 hektar yang terletak di Lot 3319 dan 4662, Charok Nau, Mukim Pulai itu terbengkalai walaupun hampir 95 peratus daripada projek itu telah disiapkan.

Keadaan tersebut menyebabkan sebahagian besar pegawai dan anggota polis di daerah berkenaan bertugas dalam keadaan ruang pejabat yang kurang selesa.

Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, Datuk Zainal Tahir ketika dihubungi mengesahkan masalah yang menimpa kompleks tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana katanya, masalah itu di luar bidang kuasanya.

Berdasarkan perancangan asal, projek yang mula dibina pada Mei 2003 itu sepatutnya disiapkan menjelang 4 Mei 2005.

Bagaimanapun, ia terpaksa dilanjutkan sebanyak dua kali dan sehingga kini masih belum menunjukkan tanda ia dapat disiapkan.

Projek yang terletak kira-kira dua kilometer dari pekan Baling itu dilengkapi blok bangunan pentadbiran, balai polis, stor barang-barang kes dan 177 unit kediaman untuk pegawai dan anggota.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Mat Daud Mat Hassan ketika ditemui berkata, projek berkenaan kini diletakkan di bawah pengawasan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN).

“Memang benar projek Kompleks IPD terbabit terbengkalai sejak dua tahun lalu dan saya sendiri pun tidak tahu bilakah ia akan dapat disiapkan.

“Keadaan ini menimbulkan kesulitan bukan saja kepada anggota polis tetapi juga orang ramai yang berurusan di IPD lama yang kini mempunyai ruang amat sempit,’’ katanya.

No comments: