MCA, MIC, PGRM dan PP harus mengecam dan meninggalkan UMNO kerana terbukti UMNO bersekongkol dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata secara terbuka bahawa UMNO Selangor akan bekerjasama dengan Perkasa Selangor dalam usaha meningkatkan jumlah pengundi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Begitu eratnya hubungan kerja antara UMNO dengan Perkasa sehingga Noh Omar dijemput untuk memberi ucapan perasmian dalam Persidangan Tahunan Perkasa Selangor, yang turut dihadiri Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, di Shah Alam pada 18 Oktober 2013.
Sebelum PRU13, parti-parti komponen BN bukan UMNO khususnya MCA, MIC dan PGRM pernah secara terbuka mengecam Perkasa bahawa kenyataan dan pendirian politik Perkasa yang ekstremis telah menimbulkan ketegangan kaum di Malaysia.
Biarpun begitu, parti-parti ini tidak pernah sekalipun mengkritik UMNO walaupun dipercayai umum bahawa UMNO mempunyai hubungan kerja yang belum diketahui umum pada masa itu.
Kini segala-galanya telah terbukti jelas apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang secara terbuka mengiystiharkan bahawa UMNO Selangor akan bekerjasama dengan Perkasa.
Sekiranya MCA, MIC, PGRM dan PPP memang jujur dan serious dengan pendirian mereka yang mengkritik Perkasa dan memisahkan mereka dengan politik sempit Perkasa, maka mereka sekarang juga perlu melakukan perkara yang sama, iaitu mengkritik UMNO Selangor dan pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar kerana tindakan dan kenyataannya tempoh hari ialah satu pengkhianatan terhadap parti-parti komponen dan Semangat BN kononnya.
Sekiranya MCA, MIC, PGRM dan PPP berdiam sahaja, maka ini membuktikan sikap hipokrit mereka dan kenyataan mereka mengkritik Perkasa hanya sandiwara politik sahaja.
Sekiranya MCA, MIC, PGRM dan PPP jujur dan serious dengan pendirian mereka, maka mereka sekarang harus sedar bahawa mereka telah dikhianati UMNO. Cara yang paling baik untuk MCA, MIC, PGRM dan PPP untuk menebus maruah mereka ialah memisahkan diri daripada UMNO dengan keluar daripada BN!
Lau Weng San
No comments:
Post a Comment