Monday, June 20, 2016

Kempen DAP di PRK Sungai Besar


Ramai wala'un PAS memperlekehkan Parti Amanah sebagai bergantung kepada DAP dan PKR dalam kempen PRK ini. Benar atau tidak?

Memang tidak kerana membantu rakan seperjuangan ialah komitmen dan tanggungjawab DAP kepada Pakatan Harapan (sekarang) dan Pakatan Rakyat (dahulu).

Atas semangat setiakawan dan berpasukan, memang DAP dan PKR wajib membantu rakan sepasukan dalam setiap pertarungan, apatah lagi DAP menang di DUN Sekinchan sejak tahun 2004.


Untuk tahun 2009 sahaja, DAP berkempen hebat untuk PAS di PRK Kuala Terengganu, PRK Permatang Pasir di Pulau Pinang dan PRK Bukit Gantang. Tiada sebab untuk DAP berundur khususnya apabila DAP mempunyai kemampuan untuk berkempen, lebih-lebih negeri Pulau Pinang diketuai oleh KM daripada DAP.

Tuduhan bahawa sesebuah parti menjadi kuda tunggangan parti yang lain memang tidak berasas kerana apabila PAS bertanding maka kami percaya bahawa kemenangan PAS ialah kemenangan Pakatan Rakyat dan kemenangan rakyat menentang kezaliman UMNO. Demikian juga apabila PKR yang bertanding dan DAP pasti akan membantu berhabis-habisan.
Post a Comment