Wednesday, June 29, 2016

"Sebelum dan selepas"








Sebelum PRN Sarawak, dia berjanji menurunkan lebih banyak kuasa kepada Sarawak sebelum PRU, malahan Adenan berjanji memberi jawatan TKM kepada wakil rakyat Cina/SUPP. 

Sebelum PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dia dengan diam-diam mengatur langkah liciknya. Pertama sekali dia mengugurkan Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie daripada jawatan masing-masing, tetapi dia masih belum berani mengambil tindakan disiplin terhadap mereka. Malahan dia tidak berani sentuh Tun Dr Mahathir pun.

Selepas kemenangan besar PRN Sarawak dan kedua-dua PRK, PBB kehilangan satu jawatan Menteri Persekutuan, tiada jawatan TKM untuk SUPP, peruntukan untuk Pan-Borneo Expressway ditolak daripada peruntukan pembangunan infrastruktur Sawarak.


Kemudian dilantik balik Menteri Udang dari Tanjung Karang, Selangor sebagai Menteri Persekutuan dan kemudiannya pimpinan tertinggi SPRM ditukar. 

Seterusnya Tun Dr Mahathir dipanggil polis untuk soal siasat, dan kemudian Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie diambil tindakan disiplin dalam parti. Sekarang tindakan undang-undang terhadap Lim Guan Eng.

Saya tidak terkejut kalau Azmin Ali ialah sasaran seterusnya. Jangan lupa masih ada ramai lagi wakil rakyat Pakatan Harapan yang masih dikelilingi kes-kes mahkamah, sama ada kes jenayah ataupun kes sivil. 

Yang pasti, permainan politiknya ialah semua pemimpin pembangkang perlu dihalang daripada mengambil bahagian dalam pilihanraya umum yang akan datang. 

Bagaimana dengan PAS? Mungkin PAS akan termakan dengan janji-janji manis tentang Hudud, kerajaan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu tetapi janji-janji ini tidak akan ditunai kerana apabila semua pembangkang telah menjadi lemah, maka PAS akan berseorangan, maka senanglah untuk dia berpaling tadah dan menghapuskan PAS sekaligus daripada bumi Malaysia.

Selepas semua ini berlaku dan selepas kes 1MDB selesai dengan bantuan Gabenor Bank Negara yang baru, maka bolehlah dia membubarkan Parlimen.

I am speculating but I think I am not wrong.
Post a Comment