Wednesday, August 29, 2007

Reply from Senator Lee Sing Chooi on PKFZ, 26/7/2006

Tuan Lee Sing Chooi minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perkembangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan setakat ini berapa buah syarikat tempatan dan syarikat asing sudah bersetuju melabur di PKFZ dan jumlah FDI ke PKFZ yang telah diluluskan.

Tuan Lee Sing Chooi to ask the MINISTER OF TRANSPORT to state the development of Port Klang Free Zone (PKFZ) and the number of local and foreign companies that have agreed to invest in PKFZ and the amount of Foreign Direct Investment (FDI) on PKFZ that has been approved.

Reply from Ministry of Transport:

Kerja-kerja pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) telah bermula pada 1 Julai 2004 dan sedang berjalan lancer mengikut jadual. Kemajuan pembangunan keseluruhan sehingga kini ialah 97 peratus dan projek ini dijangka siap sepenuhnya pada 1 November 2006.

Sehingga kini syarikat Aker Kvaerner dari Norway telah mengesahkan penyertaan mereka di PKFZ bagi menjalankan industri pengilangan dengan jumlah pelaburannya berjumlah RM175 juta atau USD48.6 juta. Syarikat tersebut telah pun menandatangani perjanjian bersama dengan Port Klang Free Zone Sdn. Bhd., syarikat yang ditubuhkan untuk mengurus dan mentadbir PKFZ.

Di samping itu, Port Klang Free Zone Sdn. Bhd. sedang mengadakan rundingan dengan 58 buah syarikat yang menunjukkan minat dan komited untuk melabur dan menjalankan aktiviti perniagaannya di PKFZ. Dari jumlah tersebut, 31 buah syarikat merupakan syarikat asing dan 27 buah syarikat merupakan syarikat tempatan.

No comments: