KUALA LUMPUR: DAP yang menggelar diri mereka `parti orang miskin’ meminta sumbangan derma orang ramai bagi membantunya merealisasikan sasaran mengurangkan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ini.
Penasihat parti itu, Lim Kit Siang dalam laman blognya membuat kenyataan menggesa penyokong dan mereka yang bersimpati dengan perjuangan parti untuk menyumbang kepada Tabung Pilihan Raya DAP.
“Masanya sudah tiba untuk anda mengotakan janji kerana kita memasuki perjuangan dengan sumber yang terhad. Kami perlukan sumbangan kewangan anda untuk membantu membentuk gelombang perubahan,” katanya.
Tabung itu yang diwujudkan khusus untuk membiayai perbelanjaan kempen parti itu membuka ruang kepada orang ramai menyumbang secara online menerusi kad kredit Maybank, Public Bank atau menghantar sumbangan secara terus ke ibu pejabat parti di Petaling Jaya.
Bagaimanapun, Tabung Pilihan Raya DAP adalah berbeza daripada kempen sumbangan setiap calon.
1 comment:
Post a Comment