14hb Februari 2008
Y.A.B Dato’ Seri Abdullah bin Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya MALAYSIA
Tel: 03-88888000 Faks: 03-88883444
Y.A.B. Dato’ Seri,
Nota bantahan terhadap pembubaran Parlimen semasa musim perayaan Tahun Baru Cina
YAB Dato’ Seri telah membubarkan Parlimen semalam dan ini merupakan satu kejutan dan penghampaan yang besar terhadap masyarakat Tionghua di negara ini apabila Masyarakat Tionghua masih merayakan Tahun Baru Cina.
Oleh kerana 13hb Februari 2008 merupakan hari yang ke-7 untuk perayaan Tahun Baru Cina, pembubaran yang dilakukan oleh YAB merupakan sesuatu yang tidak menghormati dan tidak sensitif terhadap perayaan Tahun Baru Cina yang disambut selama 15 hari sehingga Chap Goh Meh.
Lebih-lebih lagi, masyarakat Tionghua keturunan Hokkien akan menyambut perayaan Tian Gong pada malam hari yang ke-8 perayaan Tahun Baru Cina, iaitu pada malam ini juga.
Kami mendapati bahawa UMNO juga pernah mengadakan perhimpunan agungnya pada tahun lalu semasa masyarakat India merayakan Hari Deepavali. Peristiwa ini juga merupakan satu perkara yang tidak menghormati sensitiviti kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia.
Dalam kes ini, Dato’ Seri telah menyatakan sehari sebelum Parlimen di bubarkan bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan pada 13hb Februari. Biarpun begitu, Dato’ Seri sendiri telah membelakangi kenyataan ini dan membubarkan Parlimen pada hari kelmarin.
Tindakan ini akan mengikis keyakinan orang ramai dan pelabur asing terhadap integriti pentadbiran kerajaan yang selama ini dilaung-laungkan oleh pentadbiran Dato’ Seri.
Adalah menjadi pendapat kami bahawa Dato’ Seri harus memberi satu penjelasan terbuka terhadap keputusan membubarkan Parlimen semasa perayaan Tahun Baru Cina demi memulangkan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran kerajaan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Ean Yong Hian Wah
Pengerusi DAP Selangor

No comments:
Post a Comment