Friday, November 25, 2005

Mengecam tindakan Pemuda MCA yang tidak ikhlas

Ketua Pemuda MCA Liow Tiong Lai kelmarin mengatakan kepada pihak media bahawa Pemuda MCA hanya akan membantu 6 orang mahasiswa yang akan menghadapi tindakan tatatertib oleh pihak universiti, apabila pihak universiti selesai dengan semua proses prosiding.

Tindakan dan hujah Pemuda MCA ini perlu dikecam sehebat-hebatnya kerana ianya menunjukkan Pemuda MCA langsung tidak ikhlas dalam menghulurkan bantuan kepada mahasiswa-mahasiswi. Malahan ini juga menunjukkan bahawa Pemuda MCA tidak bersedia untukn mengolak langkah bermakna dalam memulihkan demokrasi di kampus universiti-universiti tempatan.

Hujah-hujah sebegini juga menunjukkan sikap hipokrit Pemuda MCA. Sekiranya Pemuda MCA ikhlas dalam memperjuangkan hak asasi mahasiswa di dalam kampus, maka Pemuda MCA dengan segala tenaga dan sumber yang mereka ada, termasuk empat orang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat perlu menonjolkan keprihatinan mereka, termsuk membela nasib mahasiswa-mahasiswi mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2006 Peringkat Jawatankuasa apabila sudah sampai giliran Kementerian Pengajian Tinggi.

Adalah sukar untuk memahami mengapa Pemuda MCA boleh mengeluarkan kenyataan hipokrit sedemikian apabila Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Kokus Hak Asasi Manusia Parlimen, Datuk Seri Nazri Aziz yang mewakili Kokus berkenaan telah sudah memberi sokongan kepada sekumpulan mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang mana beliau berjanji akan membincangkan isu ini dengan Menteri Pengajian Tinggi dan menyeru beliau untuk menarik balik segala tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap mahasiswa-mahasiswi ini.

Ini sememangnya tidak setimpal dengan peranan perintis Pemuda MCA dalam perjuangan politik tanahair. Pemuda MCA seharusnya mengikuti jejak-jejak positif Pemuda MCA, dan bukannya bersikap regresif dalam hal ini.

Sementara itu, Kementerian Pengajian Tinggi harus menarik balik semua dakwaan tatatertib terhadap keenam-enam mahasiswa UPM ini memandangkan pihak Kementerian sedang mengkaji semula Akta Universiti dan Kolej Universiti. AUKU sebenarnya merupakan satu akta yang regresif, out-dated, melanggari hak asasi manusia dan Perlembagaan Malaysia, maka AUKU harus terus dimansuhkan.

No comments: