Nama: Lau Weng San
No Kad Pengenalan: 78XXXX-XX-XXXX
Jantina: Lelaki
Alamat: No: 24, Jalan 20/9, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya.
Jawatan: Setiausaha Publisiti DAP Selangor dan Pengerusi DAP PJ Action Team.
Saya telah mengadakan satu sidang media pada pukul 11 pagi pada hari Selasa yang lepas (1hb Ogos 2006) di mana saya telah menunjukkan satu papan tanda iklan yang besar yang terletak di sepanjang Jalan Universiti dan bersimpang dengan Jalan 17/41 didapati menggandu penglihatan pengguna-pengguna jalan raya, menduduki lorong pejalan kaki sehingga mendatangkan kesusahan kepada para pejalan kaki khususnya warga tua dan orang kurang upaya. Di samping itu, saya juga mendapati bahawa papan tanda iklan ini tidak selamat kerana ianya terletak terlalu dekat dengan jalan raya dan jikalau ianya jatuh, ia boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.
Pada pukul 6 petang 3hb Ogos 2006, saya telah mendapati bahawa papan tanda iklan itu sudah diturunkan. Saya tidak pasti siapa yang menurunkan papan tanda iklan itu dan saya berharap pihak Polis boleh menyiasat.
Sebelum itu, saya telah berkata kepada media bahawa Datuk Bandar Petaling Jaya harus:
1. berhenti mengeluarkan permit kepada syarikat-syarikat iklan untuk mendirikan papan tanda iklan ini, khususnya papan tanda iklan yang mengancam keselamatan jiwa orang ramai, sehingga mereka memberi satu penjelasan yang memuaskan kepada para pembayar cukai di Petaling Jaya.
2. menggariskan satu dasar di mana sebelum mana-mana satu papan tanda iklan didirikan di sesuatu tempat, satu dialog dengan penduduk-peduduk setempat perlu dijalankan.
3. mengumunkan bilangan, saiz ukuran dan pemilik papan tanda iklan yang telah diturunkan oleh MBPJ setiap minggu memandangkan Datuk Bandar telah mengumumkan di dalam media bahawa MBPJ telah menurunkan beberapa papan tanda iklan tanpa mengumumkan bilangan, saiz ukuran dan siapa pemilik papan-papan tanda iklan ini.
Oleh itu, dengan berlandaskan prinsip ketelusan dan tadbiran baik, saya berpendapat Datuk Bandar harus mengumumkan angka ini bukan sahaja kepada saya tetapi kepada semua pihak termasuk polis untuk memudahkan kerja-kerja siasatan polis. Sekian laporan saya.
Lau Weng San

No comments:
Post a Comment