Saturday, November 17, 2007

Masalah di Selangor tidak akan selesai dengan penyapu

Tindakan Menteri Besar Selangor Khir Toyo memberi anugerah penyapu kepada agensi-agensi dan badan-badan kerajaan negeri Selangor tidak akan menyelesaikan masalah pentadbiran baik yang melanda negeri Selangor kerana masalah-masalah yang tertimbul berpunca daripada kelemahan-kelemahan dari segi struktur dalam pentadbiran kerajaan negeri dan ianya tidak akan diselesaikan melainkan masalah-masalah struktur ini diselesaikan.

Antara dua buah agensi kerajaan negeri Selangor yang dianugerahkan anugerah penyapu ialah Majlis Daerah Ulu Selangor dan Pejabat Tanah dan Galian Daerah Ulu Selangor.

Sebenarnya, berita tentang anugerah penyapu untuk mana-mana agensi atau badan kerajaan Selangor yang lemah telah dilaporkan di media aliran utama setahun yang lalu.

Biarpun begitu, kami beranggapan ianya tidak berkesan dalam menambahbaik prestasi dan kualiti kerja kerajaan negeri Selangor kerana Menteri Besar sendiri tidak melaksanakan pembaharuan besar-besaran dari segi struktur.

Rakyat Selangor tidak boleh berharap bahawa pembaharuan dan penambahbaikan yang berlaku tanpa pembaharuan dari segi struktur.

Salah satu factor yang kritikal ialah pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Bak pepatah “Rakyat hakim negara”, “Tiada percukaian tanpa perwakilan”. Maka makna pepatah ini sesuai dipakai untuk PBT dimana rakyat harus diberi hak untuk memilih anggota-anggota majlis apabila mereka ini turut merupakan pembayar cukai kepada PBT.

Jikalau MB betul-betul ingin mempertingkatkan prestasi dan kualiti kerja agensi dan badan-badan kerajaan Selangor, apa yang beliau perlu ialah political will atau hasrat politik dan bukannya penyapu.
Post a Comment