Lima buah pertubuhan belia dan DAPSY bersetuju untuk membentuk satu gabungan untuk mengolak langkah bagi mendesak kerajaan untuk mendesak AUKU.
Pertubuhan-pertubuhan ini ialah DEMA, KARISMA (Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia), UMANY, Jerit dan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa-Mahasiswi UKM. Gabungan ini dijangka akan berkembang dengan kemasukan beberapa pertubuhan belia dan mahasiswa yang lain.
Usaha berterusan diperlukan
Oleh kerana pemansuhan AUKU ini memerlukan satu usaha yang berterusan dari segi perundangan dan teknikal, maka mereka yang menghadiri forum ini berpendapat bahawa satu jaringan yang lebih intim perlu diwujudkan di antara aktivis sosial, NGO, ahlli-ahli akademik dan parti-parti politik.
Para hadirin turut prihatin terhadap pengumunan Kementerian Penganjian Tinggi untuk membentangkan satu rang undang-undang Akta Pengajian Tinggi Negara dan Akta Belia yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen tahun ini.
Setiausaha Kebangsaan DAPSY, Loke Siew Fook berpendapat bahawa kedua-dua rang undang-undang ini dijangka akan diluluskan di Parlimen dalam masa yang pendek tanpa memberi masa yang mencukupi untuk Ahli-ahli Parlimen untuk meneliti isi kandungannya.
Penubuhan Gabungan ini juga diperlukan untuk memberi tekanan berterusan kepada kerajaan dan membina kekuatan momentum untuk mencapai matlamat muktamad untuk pemansuhan AUKU secara menyeluruh.
Sokongan daripada ahli akademik diperlukan
“Desakan terhadap kerajaan untuk mengumumkan cadangan-cadangan pemindaan AUKU adalah perlu sebagai satu usaha untuk ‘membuka jalan’ demi mendesak”, kata salah seorang peserta forum.
“Kita juga memerlu sokongan daripada Ahli-ahli akademik. Perjuangan ini tidak akan berjaya tanpa penglibatan mereka”, beliau bertambah lagi.
Seorang lagi peserta menyatakan bahawa pelbagai pendekatan perlu diambil di samping menghantar memorandum. Beliau mencadangkan supaya diadakan satu referendum atau pembentangan satu rang undang-undang peribadi Ahli Parlimen untuk memulakan proses perundangan untuk memansuhkan AUKU.
Pendekatan yang pelbagai
Seorang lagi perserta menyeru untuk memulakan pelbagai pendekatan untuk memansuhkan AUKU, misalnya melalui penubuhan Jawatankuasa Pilihan Pengajian Tinggi di Parlimen, mendesak Kementerian Pengajian Tinggi mengumunkan draf pindaan AUKU, mendesak pihak HEP menggantung sagala tindakan tatatertib terhadap mahasiswa-mahasiswi yang didakwa di bawah AUKU dan mengecam pihak-pihak yang cuba mempertahankan AUKU dengan alasan-alasan yang tidak masuk akal.

No comments:
Post a Comment