Monday, February 27, 2006

Harga runcit, diesel dan LPG akan naik 30 sen seliter/sekilogram lagi

Harga runcit, diesel dan LPG akan naik 30 sen seliter/sekilogram lagi.

Ini merupakan satu lagi pengumunan minit-minit terakhir daripada Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan melalui
laman webnya.

Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan menjanjikan bahawa "harga runcit barangan petroleum ini tidak akan dinaikkan lagi" pada tahun ini.

Selain itu, kenyataan PM juga sarat dengan isi kandungan yang lama apabila kerajaan menaikkan harga produk petroleum, iaitu bahawa kenaikan ini tidak dapat dielakkan kerana harga petroleum yang melampung tinggi sedunia.

Berikut adalah beberapa keping gambar foto yang sempat saya tangkap semasa saya diberitahu tentang kenaikan harga ini:



Ini ialah Stesyen BP berdekatan dengan rumah saya. Kelihatan kereta sedang berbaris untuk menunggu giliran mereka.









Dan ini ialah stesyen kesukaan saya. Stesyen Caltex ini yang terletak bertentangan dengan Stesyen BP tadi juga penuh dengan kereta. Saya dapat mengisi tangki motosikal Honda EX5 saya selepas mengambil gambar ini.











Dan Stesyen Shell ini ialah stesyen yang terdekat dengan rumah saya. Sejurus selepas mengambil gambar foto ini, saya bergegas balik ke rumah saya untuk mendapati kereta Kelisa rakan saya tidak di rumah. Agaknya dia sedang menunggu gilirannya di stesyen ini.

1 comment:

Anonymous said...

BN = Barang Naik
BN = Banyak Naik