Friday, November 24, 2006

举报巫统日莱区国会议员

我今天上午十点在雪州州委巴都马莱、公青团雪州宣传秘书凯鲁、社青团全国副宣传秘书罗志兴、雪州双溪威支部主席甘南、雪州巴生哥打支部主席陈春水以及行动党国际秘书刘天球的陪同下前往八打灵再也警区总部,针对针对巫统日莱区国会议员兼巫统全国代表大会副主席拿督巴都鲁丁的具有种族性和煽动性言论报案。

巴都鲁丁是在两年前的巫统代表大会上以513事件来威胁非穆斯林和非马来人不要挑战马来人和伊斯兰在马来西亚的特别地位。巴都鲁丁当时也高举一本关于513事件的小红书。虽然事情已经发生了两年,但是巴都鲁丁必须针对他所发出的种族性和煽动性言论负责。我们希望警方能够针对我们的报案书进行详细地调查,并且以大公无私的精神提空那些发表类似不负责任言论的人士,尤其是巫统代表。此外,我们也希望通过这份报案书能够警惕那些狂热种族极端分子,避免他们继续类似能够伤害他人感受、破坏国民团结的言论。

以下就是我的报案书:


Laporan Polis Terhadap Hujah-Hujah Yang Dikeluarkan Oleh Datuk Badruddin Amilrudin, Ahli Parlimen UMNO Untuk Kawasan Jerai, Kedah.

Nama: Lau Weng San
No Kad Pengenalan: 78XXXX-XX-XXXX
Jantina: Lelaki
Alamat Kerja: No. 24, Jalan 20/9, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya.
Nombor Telefon Kerja: 03-79578022
Alamat Rumah: No. 67, Jalan 21/22, SEA Park, 46300 Petaling Jaya.
Nombor Telefon Rumah: 03-78751837.
Nombor Telefon Bimbit: 016-3231563.
Pekerjaan: Setiausaha Politik Kepada Setiausaha Agung DAP.
Jawatan: Setiausaha Publisiti DAP Selangor.


Saya dengan nama di atas, ingin membuat satu laporan polis untuk meminta pihak polis memulakan siasatan terhadap hujah-hujah berbau perkauman yang dilafazkan oleh Datuk Badruddin Amilrudin, Ahli Parlimen UMNO Untuk Kawasan Jerai, Kedah (yang turut memegang Timbalan Pengerusi Tetap UMNO sejak tahun 2004) semasa beliau membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO pada 24hb September 2004.

Selepas saya membuat laporan polis untuk meminta pihak polis untuk memulakan siasatan terhadap hujah-hujah berbau perkauman yang dilafazkan oleh perwakilan-perwakilan UMNO, Pemuda UMNO dan Puteri UMNO semasa mereka berhimpun di Dewan Merdeka, Pusat Perdagangan Dunia Putra untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO ke-57 yang berlangsung daripada 13hb November hingga 17hb November 2006, saya mendapati di pejabat saya di Petaling Jaya melalui laman web arkib Harian Metro yang diterbitkan oleh News Straits Times Press Berhad bahawa Datuk Badruddin Amilrudin, Ahli Parlimen UMNO Untuk Kawasan Jerai, Kedah juga pernah melafazkan kenyataan yang lebih kurang sama pada tahun 2004 yang pada pendapat saya akan merosakkan keharmonian sosial dan perpaduan nasional serta bersifat hasut-menghasut.

Antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Badruddin Amilrudin semasa beucap adalah seperti berikut (laporan terperinci boleh dibaca daripada laporan akhbar Harian Metro di mana teksnya dimuat-turun daripada lam web arkib News Straits Times Press Berhad seperti yang dilampirkan selepas laporan ini):

‘"Jangan cuba hendak menjolok sarang tebuan, kerana seandai sarang tebuan ini dijolok maka tebuan ini akan menyengat dan sengatan ini akan berakhir di negara ini,

Sambil memberikan pesanan itu, beliau mengangkat sebuah buku 13 Mei supaya semua perwakilan mengambil ingatan, sekali gus menjadikan peristiwa terbabit sebagai pengajaran dan mengelakkan daripada berulang.

"Ingat buku ini...Jangan persoalkan suara azan kerana ini maruah agama ku dan agama tuan-tuan. Jangan persoalkan kedudukan Perdana Menteri kerana itu hak kami sebagai negara kami," kata Badruddin ketika membahaskan ucapan dasar Presiden semalam.’

Hujah-hujah Datuk Badruddin Amilrudin pada masa itu telah merosakkan keharmonian kaum, integrasi dan perpaduan nasional di mana hujah-hujah ini bersifat menghasut dan berkauman ini ditujukan untuk mengapi-apikan perasaan dan sentimen perkauman bagi mengukuhkan kepentingan politiknya.

Bahkan hujah-hujah Datuk Badruddin Amilrudin seperti ‘Jangan cuba hendak menjolok sarang tebuan, kerana seandai sarang tebuan ini dijolok maka tebuan ini akan menyengat dan sengatan ini akan berakhir di negara ini ’ dan tindakan beliau melayang-layangkan buku mengenai peristiwa Mei 13 juga telah menimbulkan perasaan takut, terancam, dimusuhi dan tidak selamat bagi warganegara bukan Muslim dan bukan Melayu.

Walaupun peristiwa ini telah berlaku kira-kira dua tahun yang lalu, tetapi impaknya amat besar kerana baru-baru ini semakin ramai ahli-ahli politik, khususnya mereka yang datang daripada UMNO yang mengeluarkan hujah-hujah yang bersifat menghasut ini.

Perbuatan sebegini perlu disekat dan mereka yang mengeluarkan kenyataan sebegini adalah tidak bertanggungjawab dan perlu diambil tindakan sebelum mereka mengorbankan keharmonian sosial negara ini untuk kepentingan politik mereka.

Berikut ialah teks laporan akhbar Harian Metro:

Publication : Harian Metro
Date : 25/09/2004
Page Number : 04
Headline : Usah pertikai hak Orang Melayu
Words : 256
Byline :
Text :

KUALA LUMPUR: "Jangan cuba hendak menjolok sarang tebuan, kerana seandai sarang tebuan ini dijolok maka tebuan ini akan menyengat dan sengatan ini akan berakhir di negara ini," pesan Ahli Parlimen Jerai, Datuk Badruddin
Amiruldin kepada pihak tertentu di negara ini.

Beliau yang terpilih bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO pada pemilihan kelmarin, memberikan pesanan dengan lantang dan penuh bersemangat bagi mengingatkan pihak berkenaan supaya tidak mempertikaikan hak orang Melayu.

Menurutnya, negara sudah merdeka berpuluh tahun dan sejak itu kuasa pemerintahan berada di tangan orang Melayu.

"Kita sudah ada perjanjian dengan bangsa lain yang kita beralah memberi mereka menumpang negara ini, termaktub dalam perlembagaan hak kita sebagai bangsa Melayu.

"Jangan ada bangsa lain mempertikaikan hak bangsa Melayu di negara ku ini. Jangan pertikaikan agama Islam di negara ku ini kerana ini hak ku sebagai orang Melayu. Jangan persoalkan ketuanan negara kita ini," katanya.

Sambil memberikan pesanan itu, beliau mengangkat sebuah buku 13 Mei supaya semua perwakilan mengambil ingatan, sekali gus menjadikan peristiwa terbabit sebagai pengajaran dan mengelakkan daripada berulang.

"Ingat buku ini...Jangan persoalkan suara azan kerana ini maruah agama ku dan agama tuan-tuan. Jangan persoalkan kedudukan Perdana Menteri kerana itu hak kami sebagai negara kami," kata Badruddin ketika membahaskan ucapan dasar Presiden, semalam.

Beliau berharap pemimpin yang diamanahkan jangan sesekali menghina bangsa Melayu, kerana bangsa inilah yang meletak diri mereka masing-masing di atas kehendak Allah.

Sekian, laporan saya.

Lau Weng San

No comments: