Demi kebaikan warga kota, seorang wakil rakyat DAP menyarankan Selangor mengambil semula Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur daripada pentadbiran kerajaan pusat.
Membahaskan titah ucapan Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, Lau Weng San (Kampung Tunku) berkata pengambilalihan wilayah ibu negara itu dari Selangor pada 1974 bertujuan meningkatkan kualiti hidup warganya.
Tetapi, tambahnya, kerajaan persekutuan gagal membaikinya.
"Adakah wajar (Kuala Lumpur) terus di bawah kerajaan persekutuan? Tambahan lagi, sudah ada Putrajaya yang juga diambil daripada Selangor," katanya.
"Dari segi politik, warga kota hanya mempunyai satu undi. Hak (mengundi) dalam Dewan Undangan Negeri telah dihapuskankan."
Bagaimanapun, tambah Lau, program kerajaan Selangor kini tidak pernah mengabaikan penduduk wilayah itu apabila beberapa bantuan negeri boleh juga dipohon oleh warga Kuala Lumpur yang lahir sebelum pengambilalihannya pada 1974.
Bantuan kerajaan negeri kepada warga emas boleh dipohon oleh mereka, katanya lagi, tetapi bukan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu seperti dinikmati di Selangor.
"Kasihan tidak dapat air percuma," katanya.
Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974 dan 1 Februari 2001.

No comments:
Post a Comment