“Kerajaan Selangor harus memastikan pemilihan kontraktor penyelenggaraan rumah-rumah pangsa kos rendah dijalankan betul.
“Kerajaan Selangor telah melancarkan program ceria pada tahun 2010 di mana sehingga sekarang kerajaan memperuntukkan wang sebanyak RM9.7 juta untuk menyelenggara bangunan, bumbung dan lif rumah-rumah pangsa kos rendah di Selangor di bawah program Ceria.
“Rumah Pangsa Sri Aman di Seksyen 22, Petaling Jaya telah dipilih sebagai salah satu rumah pangsa yang menerima manfaat di bawah program ini di mana JMB berkenaan telah diberi peruntukan untuk membaikpulih dua lif yang telah rosak.
“Malangnya pembaikpulihan kedua-dua lif ini terpaksa melalui pebagai kesulitan. Pertama, kontraktor yang dilantik oleh SIC Berhad pernah berhenti bekerja beberapa kali dengan alasan bahawa bayaran kos penyelenggaraan tidak dilakukan secara berkala.
“Semasa saya mencampur tangan untuk menyelesaikan kemelut ini, saya difahamkan oleh pegawai SIC bahawa perkara tentang cara bayaran dibuat tidak termaktub dalam perjanjian antara SIC dengan kontraktor berkenaan. Selain itu, saya difahamkan bahawa semua kontraktor yang dilantik hanya akan mendapat bayaran penuh selepas menyelesaikan tugas mereka.
“Kesulitan yang kedua ialah kontraktor berkenaan enggan menyerah beberapa komponen elektronik yang diperlukan untuk memantau perjalanan motor lif berkenaan melainkan JMB bersetuju untuk mengambil mereka sebagai kontraktor penyelenggaraan selama dua tahun.
“Hal ini bertukar menjadi lebih rumit apabila JMB yang selama ini tidak berpuas hati dengan prestasi kontraktor berkenaan memutuskan untuk tidak mengambil kontraktor ini sebagai kontraktor penyelenggaraan. JMB kemudian telah mengupah sebuah kontraktor yang lain yang difahamkan mampu bekerjasama dengan JMB dengan bayaran yang lebih munasabah.
“Kesulitan tertimbul sekali lagi apabila kontraktor lama membuat aduan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) bahawa lif-lif yang sedang berfungsi sekarang di Rumah Pangsa Sri Aman tidak boleh berjalan tanpa perjanjian penyelenggaraan di mana ini adalah dilarang di bawah undang-undang yang sedia ada.
“Kerajaan telah melakukan dua kesilapan dan perlu mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk mengelak pisang berbuah dua kali.
“Pertama, bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan yang tidak menguntungkan sesiapapun, kerajaan harus menyatakan dengan jelas dalam perjanjiannya tentang cara pembayaran caj penyelenggaraan kepada kontraktor. Malangnya, perkara ini tidak disebut dalam perjanjian.
“Kedua, kerajaan juga harus memastikan bahawa prestasi kontraktor dipantau lebih rapi dengan melibatkan pihak JMB dalam usaha ini. Kerajaan juga harus mempunyai pakar dalam bidang ini untuk membantu memantau prestasi kontraktor-kontraktor yang dilantik dan tidak terpesong oleh kontraktor-kontraktor yang tidak berkelayakan.”
PUSAT KHIDMAT ADN BANTING
NO. 81, TINGKAT 1, JALAN TELUK BUNUT, TAMAN DELIMA, 42700 BANTING.
TEL: +6-012-6834724, +6-012-6924724,
EMAIL: lauwengsan@gmail.com
https://linktr.ee/lauwengsan
Service centre hour: 9am to 5pm (Monday to Friday)
Tuesday, July 10, 2012
Ucapan penangguhan tentang peruntukan kerajaan untuk menyelenggara rumah pangsa kos rendah
Saya selaku ADUN Kampung Tunku telah menyampaikan satu pemberitahu untuk memohon kebenaran ucapan penangguhan mesyuarat akhir persidangan di bawah Peraturan Tetap 16(2) pada 9 Julai 2012, di mana isi kandungan ucapan adalah seperti yang berikut:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment