Wednesday, January 16, 2008

Tuduhan DAP parti chauvinisme – Khir Toyo membuat tuduhan melulu

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo membuat tuduhan melulu bahawa DAP merupakan sebuah parti chauvinisme.

Beliau dilapor berkata kepada media oleh Sin Chew Metro pada 14hb Januari 2008 bahawa, “Apabila kerajaan negeri membina gerai untuk para peniaga bumiputera, DAP akan membantah, tetapi DAP tidak akan membantah jika kerajaan membina gerai untuk peniaga Cina.”

Beliau terus berkata bahawa DAP ialah sebuah parti yang penuh dengan chauvinisme. Beliau berkata DAP hanya lebih yakin bertanding di kawasan seperti Petaling Jaya Utara kerana PJU mempunyai lebih ramai pengundi bukan Melayu.”

Apa yang menghampakan ialah Khir telah memandang rendah terhadap kebijaksanaan para pengundi di kawasan parlimen Petaling Jaya Utara? Adakah Khir berpendapat bahawa para pengundi di kawasan parlimen Petaling Jaya Utara semuanya chauvinisme? Ataupun beliau menganggap semua pengundi berketurunan Cina berfikiran chauvinisme?

Yang kedua, Khir berkali-kali menuduh DAP sebagai membantah tindakan kerajaan membina gerai untuk para peniaga Bumiputera tetapi tidak berbuat demikian apabila gerai itu dibina untuk para peniaga Cina.

Tuduhan Khir amat samara dan merupakan tuduhan yang langsung tidak berasas. Kami meminta Khir menunjukkan bukti bahawa DAP tidak pernah menyokong tindakan kerajaan membina gerai untuk peniaga-peniaga Bumiputera tetapi mendiamkan diri apabila kerajaan membina gerai untuk peniaga-peniaga Cina.

Sebenarnya, kerajaan yang dipilih oleh rakyat pelbagai kaum melalui peti undi harus melaksanakan projek-projek pembangunan yang dapat disertai oleh rakyat berbilang kaum dan memanfaatkan semua lapisan rakyat.

Selain itu, projek-projek ini juga perlu mengikut skala ekonomi (economy of scale). Ini bermakna kerajaan tidak boleh membazirkan wang para pembayar cukai dengan melakasanakan projek gajah putih yang tidak dapat memberi pulangan ekonomi yang paling besar kepada rakyat dan kerajaan, khususnya projek-projek pembangunan yang tidak dirancang dengan teliti.

Ketua Audit Negara pada 11hb September 2007 pernah menjalankan audit terhadap kerajaan negeri Selangor dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi kerajaan negeri dan perlu memberi teguran keras dalam projek-projek pembangunan

Projek-projek ini adalah seperti berikut:
1. Penswastaan projek penempatan semula masyarakat Orang Asli di Kampung Air Kuning, Bukit Cerakah, Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling,
2. Pembinaan jalan dari Sekinchan ke Ulu Bernam,
3. Pengurusan koleksi dan peralatan-peralatan perpustakaan di bawah Jabatan Perpustakaan Selangor,
4. Pembinaan dan pengurusan infrasktruktur sebuah taman marin di bawah Majlis Daerah Sebak Bernam

Dalam projek pertama, kerajaan negeri gagal mengambil tindakan terhadap pemaju projek berkenaan biarpun pemaju telah mengingkari perjanjiannya dengan kerajaan negeri dan gagal menyiapkan projek itu dalam masa yang ditentukan. Untuk projek kedua, perbelanjaan projek berkenaan melampau peruntukan asal sebanyak RM25.8juta. Kos akhir projek berkenaan ialah RM118.3juta, sekaligus menjadikan kos pembinaan jalan itu mencecah RM5.8 juta sekilometer (mungkin merupakan jalan yang paling mahal di Malaysia)! Ketua Adit Negara juga tidak puas hati dengan cara pengurusan tender ini yang tidak dibuka kepada semua kontraktor berkelayakan tetapi dirusukan secara rundingan terus. Hasil siasatan Ketua Audit Negara juga mendapati harga tender yang ditawarkan oleh syarikat perunding jauh lebih rendah daripada harga yang ditawarkan kepada Jabatan Kerja Raya Selangor.

Untuk projek ketiga, Ketua Audit Negara mendapati peralatan-peralatan teklonogi maklumat di beberapa perpustakaan kerajaan negeri di kawasan desa tidak diselenggara dengan baik. Ada yang langsung tidak dilengkapi dengan peralatan internet. Bagi projek keempat, Ketua Audit Negara mendapati pemaju yang bertanggungjawab menjalankan projek berkenaan di Kampung Sg Haji Dorani diberi kontrak tambahan bernilai RM19.98juta biarpun projek itu hanya bernilai RM10juta.

Ini adalah teguran serious daripada Ketua Audit Negara. Jikalau Ketua Audit Negara pun boleh memberi teguran sebegini, Khir Toyo selaku Menteri Besar Selangor harus merendahkan diri dan bukannya terus mempermainkan sentimen perkauman murahan seperti membuat tuduhan melulu bahawa DAP parti chauvinisme.

No comments: