Thursday, July 17, 2008

Penjualan borang permohonan Bazaar Ramadan

Ingin dimaklumkan kepada semua termasuk media bahawa pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan melaksanakan penjualan borang Bazaar Ramadan bagi tahun 2008 pada 22hb Julai 2008 (Selasa) pukul 9 pagi di Dewan D’Kelana Jalan SS7/15 Kelana Jaya.

Mengikut makluman daripada pihak MBPJ, borang-borang akan dijual mengikut lokasi dan berharga RM5.00 setiap satu.

Bersama-sama dengan kenyataan media ini dilampirkan surat makluman daripada MBPJ untuk rujukan semua.

No comments: