Baru-baru ini terdapat beberapa laporan wartawan dipukul semasa meliputi aktiviti Parti KeADILan Rakyat (PKR). Kejadian sebegini merupakan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku, khususnya apabila berlakunya kejadian wartawan dikasari oleh petugas-petugas PKR semasa perhimpunan raksasa Protes di Kelana Jaya. PKR harus berubah dan memperbaiki kelemahan ini dan bukan terus mengulangi kesilapan ini.
Jikalau indeks kebebasan media di Malaysia jatuh akibat kejadian ini, ianya akan merupakan sesuatu yang amat mengaibkan Pakatan Rakyat kerana ketiga-tiga buah parti PR masing-masing mempunyai komitmen yang kuat terhadap kebebasan media.
Takrifan terhadap kebebasan media bukan sahaja dihadkan terhadap cara melaporkan sesuatu berita, ianya juga menyentuh tentang had atau kebebasan wartawan dalam menjalankan tugasnya. Oleh itu, beberapa pertubuhan NGO yang berorientasikan kebebasan media seperti Reporters San Frontier (RSF) di Paris juga akan menyebut tentang aspek ini apabila menilai tahap kebebasan media di sesebuah negara. Pertubuhan ini dalam laporannya juga menyentuh tentang keselamatan jurugambar yang membuat liputan di negara yang mengalami peperangan kerana para jurugambar selalunya menjadi sasaran mudah kerana peralatan fotografi yang digunakan mereka berbentuk seperti pelancar roket.
Memang Malaysia bukan sebuah negara yang mengalami peperangan, maka perkara sepeti ini tidak patut berlaku. Biarpun begitu, peristiwa-peristiwa negative ini seringkali berlaku dalam beberapa perhimpunan PKR. Ianya akan pasti digunakan untuk menyerang PKR, PR dan Anwar Ibrahim sendiri.
Selepas tsunami politik pada 8 Mac 2008, ramai opportunis di BN telah melompat ke parti-parti PR. Di Selangor, PKR telah berkembang dengan kadar yang pesat. Dalam tempoh ini, parti-parti komponen PR harus berwaspada untuk memastikan unsur-unsur negatif dalam BN tidak akan diserap ke dalam pertubuhan kita apabila kita membuka pintu kepada ahli bekas BN.
Ini adalah kerana sesebuah parti yang berkembang pesat pasti akan menyerap unsure-unsur negatif ke dalamnya.
Saya tidak ingin mencampur tangan dalam urusan pemilihan ahli atau petugas-petugas parti PKR kerana ini merupakan hal dalam PKR. Biarpun begitu, sepeti apa yang saya bangkitkan dalam satu kenyataan berkenaan dengan “muzakarah” dan “muqabalah” antara PAS dengan UMNO, jikalau PKR tidak dapat memperbetulkan kelemahan ini, ianya akan memberi kesan negatif kepada PR.
Oleh itu, saya menyeru PKR supaya menjalankan “kawalan kualiti” atau “quality control” terhadap ahli-ahli atau petugas-petugas partinya demi memastikan peristiwa mengasari atau memukul wartawan ini tidak berlaku lagi kerana parti-parti komponen PR tidak boleh berkali-kali berbuta babi mempertahankan PKR.

1 comment:
Apabila menujuk jari kepada orang lain, sebenarnya 4 jari lain menunjuk kepada diri sendiri.
Soal mengasari wartawan TIDAK patut berlaku sama sekali; namun adakah saudara pasti orang tersebut bukan penghasut yang memang sudah ditanamakan dalam sidang akhbar tersebut bagi menghuru-halakan suasana?
Namun sedemikian, mana-mana parti politik WAJIB memastikan wakil-wakil pemimpinnya dalam kerajaan tidak terlibat dalam perniagaan haram (sudah diakui oleh Ahli Majlis Pulau Pinang sendiri) dan memperjuangkan jawatan-jawatan tertentu bagi ahli-ahli keluarga masing-masing seperti teman wanita mana-mana ADUN mahupun Ahli Parlimen.
Phasafah Hassan Al-Banna termashyur menyebut: Jangan kamu menafikan kelebihan seseorang itu kerana kamu bencinya; jangan pula kamu menafikan kelemahan seseroang itu kerana sukainya.
Bersama-sama kita berganding-bahu, bermaufakat untuk sama-sama mengahadapi cabaran politik akan datang. Setakat hanya handal Membedil Ke Belakang" hanya mengagongkan kita menjadi Jaguh Kedai Kopi / Kampong sahaja. Mana-mana individu sedemikian pasti mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum melangkah diri ke tahap menjadi seorang pemimpin yang lebih bersifat "Arden".
Lupakan sebarang salah-faham yang mungkin berlaku zaman dahulu (jika ada). Insaflah saudara phasafah Cina menyebut: "dunia ini tidak ada kawan berkekalan; juga tidak ada musuh yang berkekalan". Saya bimbang suatu hari nanti, saudara terpaksa menjilat ludah diri apabila berkawan dengan orang yang saudara melakukan serangan hari ini.
Post a Comment