Wednesday, August 20, 2008

Selangor State Structure Plan has to be amended before any unprescribed development to take place at hillslopes

I have written a letter to the Selangor Mentri Besar which is copied to all Exco members of the Selangor State Government on the recent reports carried by The Sun on hillslope development in Selangor.

I have made an attempt to alert the state government on the prescribed development allowed for hillslope under Selangor Structure Plan which was gazetted on 14th June 2008.

Any other activities outside the prescribed development shall not be allowed until the Structure Plan is amended according to proper procedure.

Below are some extracts from the structure plan in relation to hillslope development:

3.5.6(ii) Kawasan Berbukit dan Tanah Tinggi
Zon KSAS ini meliputi kawasan di bahagian timur Negeri Selangor iaitu di dalam Daerah-Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat. la terdiri daripada kawasan tanah tinggi serta berbukit dan kawasan pembangunan di lereng bukit. Di Daerah Hulu Selangor, zon ini meliputi kawasan berbukit yang telah dimajukan dengan aktiviti petanian. Aktiviti pembangunan di zon ini perlu dikawalselia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari aspek pemeliharaan dan pemuliharaan KSAS di mana ia meliputi kawasan berbukit yanq mempunyai ketinggian melebihi 150m.

Di Daerah-daerah Gombak dan Hulu Langat, zon pembangunan terhad meliputi kawasan pembangunan perumahan di lereng-lereng bukit. Di Daerah Hulu Langat, ia juga meliputi kawasan pertanian dan petempatan desa. Pengawalan pembangunan di dalam zon ini adalah untuk memastikan aktiviti pembangunannya dikawalselia bagi mengelakkan masalah hakisan dan tanah runtuh. Ia juga untuk memastikan corak pembangunan pada masa hadapan tidak akan mendatangkan masalah alam sekitar.

3.5.7(i) Kawasan Hutan dan Tanah Tinggi

Zon ini meliputi pemuliharaan hutan-hutan simpan sedia ada yang terdiri daripada hutan tanah tinggi di bahagian Timur Negeri Selangor. Kawasan hutan simpan ini kebanyakannya adalah kawasan berkecerunan melebihi 25o. Pemuliharaan kawasan hutan juga meliputi kawasan hutan paya gambut di Daerah-daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Kuala Langat serta hutan paya bakau di kawasan Klang. Hutan Simpan Kekal (HSK) yang terletak di dalam Zon Wilayah Lembah Klang dan Pinggiran Wilayah Lembah Klang juga akan terus dipulihara. Pemuliharaan ini adalah selaras dengan kepentingan hutan ini sebagai kawasan tadahan air, hutan perlindungan hidupan liar, perlindungan biodiversiti dan juga untuk keseimnbangan persekitaran. Walau bagaimanapun aktiviti pembangunan terpilih boleh dibenarkan di dalam zon ini untuk aktiviti pelancongan eko serta pembelajaran dan penyelidikan di kawasan yang sesuai. Di mana perlu dan sesuai beberapa kawasan akan diwartakan sebagai Taman Negeri Selangor di bawah enakmen Taman Negeri Selangor 2005.

No comments: