Tuesday, November 02, 2010

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN LAU WENG SAN (KAMPUNG TUNKU)

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B. TUAN LAU WENG SAN (KAMPUNG TUNKU)

1. TAJUK: Hutang Syarikat Talam
PORTFOLIO:
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Berapa banyak hutang syarikat Talam yang telah berjaya dikutip balik oleh kerajaan negeri?
b. Bagaimana wang yang dikutip ini digunaka untuk kebaikan rakyat Selangor? Sila senaraikan.

2. TAJUK: Kemudahan jalur lebar untuk bangunan baru
PORTFOLIO:
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Adakah kerajaan akan menetapkan dasar mensyaratkan bangunan-bangunan baru yang akan didirikan di Selangor dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar sebagai satu langkah untuk mempertingkatkan penggunaan internet oleh rakyat Selangor?

3. TAJUK: Kempen tanpa beg plastik
PORTFOLIO:
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Meminta kerajaan menjelaskan bagaimana wang sebanyak 20 sen yang dibayar oleh para pengguna pada setiap hari Sabtu untuk membeli satu beg plastik digunakan untuk kerja-kerja amal. Sila senaraikan.
b. Setakat ini berapa banyak syarikat yang telah mengambil bahagian dalam kempen ini dan berapa banyak wang yang dibayar oleh para pengguna untuk membeli beg plastik pada hari Sabtu?

4. TAJUK: Pembangunan semula bandar
PORTFOLIO:
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Apakah perkembangan terbaru program pembangunan semula bandar dan apakah faktor-faktor yang melambatkan perjalanan program ini?
b. Adakah kerajaan juga membangunkan semula kampung-kampung baru Cina di kawasan bandar di mana kampung baru ini semakin usang dan perlu dibangun semula.

5. TAJUK: Menarik rakyat Selangor yang bekerja di luar Malaysia
PORTFOLIO:
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Adakah rancangan yang ada pada kerajaan untuk menarik balik rakyat Selangor yang bekerja di luar Malaysia untuk kembali bekerja dan menyumbang di Selangor?
b. Adakah kerajaan berminat untuk mewujudkan satu rangkaian seperti http://www.majulahconnection.com/ untuk menarik rakyat Selangor atau mereka yang pernah bekerja atau menuntut di Selangor untuk kembali ke Selangor?

6. Tajuk: Harga rumah
Portfolio:
Bertanya kepada Y.A.B. Menteri Besar:-
a. Bagaimanakah kerajaan dapat menetapkan satu dasar untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana untuk memilik rumah mereka yang pertama memandangkan harga rumah di kawasan seperti Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya semakin meningkat?

7. TAJUK: Projek Metropolis Kesihatan
PORTFOLIO:
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Meminta kerajaan negeri memberi penerangan terperinci terhadap projek kesihatan yang sangat penting terhadap rakyat Petaling Jaya ini.
b. Sama kerajaan negeri akan memperuntukan atau menetapkan supaya sebuah hospital kerajaan didirikan di Petaling Jaya memandangkan rakyat Petaling Jaya perlu hanya bergantung kepada PPUM yang merupakan hospital separuh kerajaan.

8. TAJUK: Tanah perkuburan di daerah Petaling
PORTFOLIO:
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan caruman kepada tabung pembangunan tanah perkuburan di Selangor daripada para pemaju?
b. Sila memberi penerangan tentang pembangunan tanah-tanah perkuburan baru di negeri Selangor.
c. Adakah kerajaan Selangor bercadang untuk menggalakan orang ramai untuk cara crematorium dan menara abu mayat (ash tower) untuk menjimatkan penggunaan tanah?

9. TAJUK: Kontrak PBT dengan Syarikat Kitar Niaga Sendirian Berhad yang ditamatkan tanpa sebab
PORTFOLIO:
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Meminta kerajaan untuk memberi penerangan tentang laporan akhbar bahawa sebuah PBT dengan tidak memberi sebab menamatkan kontrak yang telah ditandatangani dengan Syarikat Kitar Niaga Sendirian Berhad yang dikatakan lebih murah, cekap dan berteknologi tinggi sehingga prestasinya juga diiktiraf oleh PBT itu sendiri.

10. TAJUK: Diskaun bumiputera untuk pembelian rumah RM500,000 ke atas
PORTFOLIO:
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Adakah kerajaan negeri akan bercadang menilai kembali diskaun pembelian rumah berharga RM500,000 ke atas dan digantikan dengan satu sistem alternatif yang meminta pembeli rumah membayar harga penuh di mana sebahagian wang yang dibayar digunakan untuk membantu orang miskin memiliki rumah sendiri di bawah satu tabung amanah?

No comments: