[Ucapan semasa membahas Bajet 2010 Kerajaan Negeri Selangor]
Sehingga sekarang, kerajaan negeri Selangor masih dibelenggu dengan berpuluh-puluh projek perumahan dan pembangunan hartanah yang terbengkalai.
Kerajaan Selangor membazikan sumber kewangan dan tenaga manusia yang banyak untuk memulihkan projek-projek yang terbengkalai ini dan ini seharusnya memberi ikhtibar kepada kita semua bahawa sekarang sudah sampai masanya untuk melaksanakan sistem 10-90 Bina Dahulu Jual Kemudian ataupun lebih dikenali sebagai “Build-Then-Sell” oleh industri perumahan.
Sistem yang masih diamalkan sekarang, iaitu sistem Jual Dahulu Bina Kemudian atau “Sell-Then-Build” memang merugikan para pembeli rumah kerana pemberi rumah yang tidak bernasib baik perlu membayar balik pinjaman wang dan mereka masih tidak dapat rumah mereka. Sementara waktu, mereka perlu membayar sewa rumah di tempat yang lain dan ini adalah amat tidak adil buat pembeli-pembeli rumah. Keadaan akan bertambah teruk jikalau pemaju yang terlibat menggulung tikar.
Saya lihat kerajaan Selangor akan terus-menerus dihantui oleh masalah rumah terbengkalai jikalau sistem “Build-Then-Sell” tidak dilaksanakan.
Justeru itu, konsep “Build-Then-Sell” merupakan jawapan kepada kepincangan ini kerana segala para pembeli rumah akan dilindungi, manakala kerajaan tidak begitu terlibat kerana impak negatif terhadap pembeli rumah telah banyak dikurangkan. Oleh itu pemaju yang terlibat dengan bank yang bertanggungjawab untuk memulihkan projek-projek terbengkalai ini. Ini secara tidak langsung akan memastikan hanya pemaju yang bertanggungjawab dan berkemampuan sahaja yang dapat menjalankan sesuatu projek perumahan.
Saya menggesa kerajaan Selangor untuk memimpin perubahan ini dan tidak perlu menunggu arahan selanjutnya daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana kebenaran berkenaan dengan pembangunan bergantung kepada kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dan kedua-duanya terletak di bawah kuasa negeri.
No comments:
Post a Comment