Tuesday, November 02, 2010

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN LAU WENG SAN (KAMPUNG TUNKU)

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. TUAN LAU WENG SAN (KAMPUNG TUNKU)

1. TAJUK: Pinjaman mikrokredit
PORTFOLIO:
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Senaraikan mereka yang telah berjaya mendapat pinjaman mikrokredit daripada Kerajaan Selangor dan nyatakan jenis perniagaan mereka.
b. Apakah jadual dan rancangan kerajaan untuk melancarkan program ini di kawasan-kawasan bandar?

2. TAJUK: Tadika rakyat
PORTFOLIO:
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Senaraikan bilangan tadika rakyat yang telah dibuka dan bakal dibuka di Selangor.
b. Senaraikan semua kos pengendalian setiap satu tadika rakyat ini setiap bulan.

3. TAJUK: Pembangunan di cerun kelas ketiga dan keempat
PORTFOLIO:
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Senaraikan kawasan-kawasan yang mempunyai cerun kelas ketiga dan keempat yang telah diwartakan sebagai tanah rizab yang tidak boleh dibangunkan di seluruh Selangor bersertakan dengan keluasan tanahnya.

4. TAJUK: Pembaikpulihan lif-lif rosak di pangsapuri kos rendah
PORTFOLIO:
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Berapa banyak wang yang telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk memperbaiki lif-lif yang rosak di pangsapuri kos rendah?
b. Sila senaraikan lif-lif pangsapuri kos rendah yang telah dibaikpulih oleh kerajaan Selangor.

5. TAJUK: Peruntukan RM1000 sebulan kepada JKKK
PORTFOLIO:
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Senaraikan tahap penggunaan wang RM1000 sebulan serta program-program yang dijalankan oleh setiap JKKK di Selangor mengikut JKKK sehingga bulan September 2010.

6. TAJUK: Jalan-jalan yang diberi nama tokoh-tokoh negara
PORTFOLIO:
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Berapa banyak jalan yang telah dinamakan atas nama tokoh-tokoh yang menyumbang kepada negara dan Selangor di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya serta tahun ia dinamakan semula?
b. Apakah perkembangan terbaru kerajaan untuk menamakan semula Jalan Barat sebagai Jalan V. David?

7. Tajuk: Kes-kes mahkamah yang melibatkan PBT
Portfolio:
Bertanya kepada Y.A.B. Menteri Besar:-
a. Senaraikan semua kes mahkamah yang masih belum diselesaikan antara individu, syarikat-syarikat komersial atau pertubuhan-pertubuhan dengan semua PBT dan status perkembangan terkini terhadap kes-kes itu.
b. Meminta penerangan terperinci kes mahkamah di antara Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan Pest Control Association of Malaysia (PCAM)

8. TAJUK: Tunggakan bayaran balik pinjaman pelajaran kerajaan negeri
PORTFOLIO:
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Meminta kerajaan memberi senarai peminjam-peminjam pinjaman pelajaran kerajaan negeri yang masih belum menjelaskan tunggakan mereka serta amaun tunggakannya.
b. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memungut balik tunggakan-tunggakan ini.

9. Tajuk: Projek terbengkalai
Portfolio:
Bertanya kepada Y.A.B. Menteri Besar:-
a. Senaraikan projek-projek terbengkalai yang telah dipulihkan.
b. Senaraikan projek-projek terbangkalai yang masih belum dapat dipulihkan serta sebab-sebabnya.

10. TAJUK: Kupon air di pangsapuri kos rendah
PORTFOLIO:
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Meminta kerajaan memberi penerangan tentang pelaksanaan kupon air untuk pangsapuri kos rendah Sri Tanjung di USJ16?
b. Meminta penerangan bagaimana RM24.5 juta yang diperuntukkan setahun dibawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) membabitkan 620 pemaju pangsapuri kos rendah di negeri ini dapat dilaksanakan.

No comments: