Tuesday, November 09, 2010

Ucapan Bajet: Pembangunan semula bandar di Petaling Jaya berjalan dengan perlahan

[Ucapan semasa membahas Bajet 2010 Kerajaan Negeri Selangor]

Saya ingin menyentuh tentang program pembangunan semula bandar dan program pembaharuan bandar yang diumumkan oleh Kerajaan Selangor sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi yang dilancarkan oleh Kerajaan Selangor pada tahun 2009.

Sementara kerajaan menumpukan perhatian kepada pembaharuan Bandar Klang sebagai Bandar DiRaja yang dikomplimen dengan pembersihan Sungai Klang, saya ingin menarik perhatian kerajaan tentang program pembangunan semula yang berjalan dengan perlahan di Petaling Jaya.

Terdapat beberapa kawasan di Bandar Petaling Jaya yang memerlukan pembangunan semula. Kawasan-kawasan ini sama ada telah uzur, menjadi semakin tidak “livable” ataupun telah bertukar wajah menjadi penempatan warga asing.

Saya menggesa kepada kerajaan untuk menyiasat kerana terdapat banyak tanah yang berpoket-poket di Petaling Jaya sama ada masih belum dibangunkan ataupun dibiarkan begitu sahaja walaupun mempunyai hakmilik. Terdapat juga bangunan-bangunan yang sekarang sudah menjadi bangunan hantu. Tempat-tempat ini termasuk lah beberapa kawasan lapang di SS2, Sea Park dan sebagainya. Justeru itu, kerajaan harus memainkan peranan yang proaktif untuk membangunkan tanah-tanah ini supaya seluruh bandar Petaling Jaya menjadi bandar yang berdaya maju.

No comments: