Saturday, November 02, 2013

Pertanyaan-pertanyaan Bertulis Untuk Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Ke-13 tahun 2013


1.    Kelulusan Lesen Menduduki Sementara (LMS)
·         Berapa banyak permohonan Lesen Menduduki Sementara yang telah diterima oleh Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sejak bulan Oktober 2011 sehingga sekarang?
·         Berapa banyak permohonan LMS yang telah diluluskan oleh MTES selepas keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 32/2011 bertarikh 5 Oktober 2011?

2.    Peruntukan kepada Ahli-Ahli Majlis MBPJ
·         Apakah jumlah peruntukan yang diberi setahun kepada setiap Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) setiap tahun sejak 2008 dan sila berikan senarai kegunaan peruntukan tersebut setiap tahun sejak 2008.

3.    Peruntukan kawasan Ahli Dewan Negeri (ADN)
·         Meminta kerajaan menyeranaikan senarai kegunaan peruntukan Ahli Dewan Negeri Selangor pada tahun 2013 setakat September 2013.

4.    Prestasi kewangan syarikat-syarikat GLC
·         Berikan huraian ringkas prestasi kewangan yang merangkumi aspek penyata kewangan, lembaran imbangan, penyata pendapatan, penyata aliran tunai, penyata ekuiti pemilik dan sebagainya terhadap syarikat-syarikat GLC yang berikut:
o   Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS),
o   Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB),
o   Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), dan
o   Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

5.    Upah kerani kawasan, pembantu, pegawai tadbir Pusat Khidmat ADN dan anggota-anggota MMKN
·         Senaraikan nama dan upah bulanan yang dibayar kerajaan kepada setiap kerani kawasan yang ditempatkan di setiap Pusat Khidmat ADN sehingga September 2013.
·         Senaraikan nama dan upah bulanan yand dibayar kerajaan kepada setiap pembantu, pegawai tadbir dan sebagainya yang ditempatkan di setiap pejabat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sehingga September 2013.

6.    Pinjaman sebanyak RM 423 juta kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)
·         Pinjaman sebanyak RM 423 juta kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi tujuan pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) tela diluluskan dalam siding DUN yang lepas. Apakah perkembangan terkini pengambilalihan ini dan adakah KDEB telah mula membayar balik kepada kerajaan negeri?
·         Sila lampirkan semua dokumen yang berkaitan dengan urusniaga ini.

7.    Pinjaman RM80 juta kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
·         Pinjaman sebanyak RM80 juta yang akan diberi kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi tujuan pengambilan tanah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk tujuan Pembanguan Projek Datum In-City. Apakah perkembangan terkini pengambilalihan ini dan adakah PKNS telah mula membayar balik kepada kerajaan negeri?

8.    RM 1 bilion Sovereign Wealth Fund (SWF) untuk pembangunan bandar
·         Meminta kerajaan memberi penerangan terhadap konsep penubuhan SWF untuk membina semula bandar-bandar besar seperti Petaling Jaya dan Klang termasuk kebaikan dan keburukannya, cara-cara operasi, kepakaran-kepakaran yang diperlukan dalam perkara ini dan prinsip-prinsip ketelusan yang diterima pakai dalam seluruh proses ini.

9.    Pengurusan tanah secara digital
·         Meminta kerajaan member penerangan tentang pencapaian-pencapaian utama yang telah dikecapai oleh kerajaan dalam perkara ini sejak 2008.
·         Bagaimana ianya dapat membantu kerajaan untuk mengurangkan ketirisan, mengurangkan penrerobohan terhadap tanah kerajaan, mempertingkatkan hasil tanah kerajaan dan mempertingkatkan ketelusan dalam pentadbiran tanah?
                                                                                                              
10. Orang India miskin
·         Terdapat statistik yang menyatakan bahawa hanya 6% daripada masyarakat India di Selangor ialah orang miskin. Setakat manakah kenyataan ini benar?
·         Sekiranya tidak, adakah kerajaan Selangor akan menyiasat perkara ini?

·         Apakah usaha-usaha kerajaan untuk memastikan bahawa masyarakat India di Selangor juga tidak tersisir daripada arus pembangunan negara?

No comments: