Saturday, November 02, 2013

Pertanyaan-pertanyaan Mulut Untuk Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Ke-13 tahun 2013


1.    Kampung Bagan Nakhoda Omar (BNO)
·         Apakah status terkini permohonan untuk membatalkan kawasan tanah kerajaan di Bagan Simpang Empat BNO, Pekan Bagan Nakhoda Omar, Daerah Sabak Bernam seluas lebih kurang 56.5 ekar daripada rizab Melayu Sungai Lang GN 925-28 dan digantikan dengan kawasan berstatus tanah kerajaan dengan keluasan yang sama di kawasan KM 50.5 Sungai Panjang, Mukim Sungai Penjang, Daerah Sabak Bernam?

2.    Jambatan Ketiga Klang   
·         Meminta kerajaan memberi perkembangan terkini pembinaan Jambatan Ketiga Klang termasuk status terkini projek tersebut.

3.    Pengurusan sisa pepejal
·         Adakah status terkini pembentukan pasukan pembersihan sis-sisa pepejal dalaman (in-house solid waste team) untuk menguruskan masalah sisa-sisa pepejal daripada terus bergantung kepada kontraktor-kontrator luar di setiap PBT dan apakah anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk setiap PBT?

4.    Lesen perniagaan terhadap KLIA, LCCT, KLIA2 dan pemilik-pemilik konsesi tol lebuhraya
·         Adakah kerajaan akan mengenakan cukai pintu dan lesen perniagaan terhadap premis perniagaan dan tred yang dijalankan di KLIA, LCCT, KLIA2 dan pemilik-pemilik konsesi tol lebuhraya?
·         Jika ya, mengapakah ini tidak dilakukan pada masa dahulu dan hanya dilakukan pada masa sekarang?
·         Dijangka berapa banyak yang dapat dikutip oleh setiap PBT jikalau ini dilaksanakan? Sila beri angka mengikut PBT.

5.    Bilangan wanita bekerja di Selangor
·         Bilakah dan adakah kerajaan akan menetapkan dasar yang lebih ketat terhadap pasaraya-pasaraya besar dan kawasan komersial untuk menyediakan tempat penyusuan ibu dan kemudahan taska, taski, tadika dan sebagainya?
·         Nyatakan bilangan taska, taski dan tadika serta bilangan ibu yang telah menerima manfaat daripada program Tunas sejak permulaannya sehingga sekarang.

6.    Hutang Talam
·         Apakah status terkini kutipan hutang Syarikat Talam sebanyak RM 39.2juta terhadap kerajaan Selangor?
·         Adakah kerajaan masih mengkaji sama ada Syarikat Talam masih mempunyai hutang yang belum dikutip dan apakah statusnya?

7.    Pembinaan lebuhraya baru
·         Apakah peranan yang dimainkan dan kelulusan yang diperlukan daripada kerajaan negeri Selangor dan PBT dalam pembinaan sebarang projek pembinaan lebuhraya?
·         Apakah status terkini pembinaan Lebuhraya Kinrara – Damansara (Kidex) dan Lebuhraya Sungai Besi – Hulu Kelang (Suke)?

8.    Industri pelancongan di Lembah Klang
·         Berapa banyak peruntukan yang dibelanjakan oleh kerajaan Selangor untuk membangunkan produk-produk pelancongan di tempat-tempat bersejarah di Lembah Klang setiap tahun bermula tahun 2008?
·         Apakah strategi kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong untuk melawat ke tempat-tempat bersejarah?

9.    Metropolis Kesihatan Universiti Malaya
·         Apakah perkara-perkara yang bakal dipertimbangkan oleh kerajaan dalam mempertimbangkan kelulusan kebenaran merancang kepada Projek Metropolis Kesihatan Universiti Malaya yang akan dibina di Seksyen 12, Petaling Jaya?
·         Adakah pemilik projek ini telah mengemukakan semua dokumen yang telah diperlukan untuk tujuan daripada kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan adakah ianya memenuhi kehendak kerajaan?

10. Projek PJ Sentral Development Sdn. Bhd.
·         Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan Selangor untuk memastikan kepentingan anak syarikat kerajaan Selangor, iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terpelihara dalam urusan pembelian aset Kumpulan Gapurna, khususnya dalam projek PJ Sentral Development Sdn. Bhd. di mana PKNS memegang tiga puluh peratus kepentingan ekuiti dalam syarikat ini?


Post a Comment